Huawei Watch Huawei Perkenalkan Talkband B2, Talkband N1 dan Huawei Watch

Nampaknya, acara Mobile World Congress (MWC 2015) kali ini penuh dengan gajet-gajet yang boleh dipakai yang bakal memenuhi pasaran tidak lama lagi. Huawei juga tidak lepas peluang memperkenalkan tiga gajet termasuk jam pintar, gelang kecergasan dan set telinga pada acara tersebut.

Jam pintar dari Huawei atau Huawei Watch amatlah dinantikan sebelum ini oleh kerana reka bentuknya yang sangt mengujakan dengan rekaan klasik moden. Ianya merupakan peranti dengan platform Android Wear yang hadir dengan tiga pilihan warna hitam, putih dan emas yang nampak lebih elegan dan bergaya ketika memakai. Jam pintar ini sesuai dipakai untuk lelaki dan perempuan dengan saiz ukuran 42mm diameter yang amat sesuai untuk kedua-duanya. Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada jam pintar ini seperti pemproses Snapdragon 400, 512 MB RAM dan ciri-ciri kesihatan seperti pemantau denyutan nadi, pemantau kalori makanan, pembilang langkah dan sebagainya.

Sebagai permulaan, Huawei mulakan jualannya pada lebih 20 negara termasuk Filifina dan Singapura. Malaysia masih lagi belum termasuk dalam senarai jualan. Tentang harganya masih lagi menjadi tanda tanya.

Huawei Talkband B2

Untuk gelang kecergasan pula, Huawei memperkenalkan Talkband B2 bagi menggantikan model sebelum ini. Berbeza dengan Smartwatch, peranti ini yang lebih mudah dipanggil Fitnes Band (Gelang Kecergasan) yang lebih mengfokuskan pada ciri-ciri dan fungsi untuk penjagaan kesihatan. Talkband B2 ini hadir dengan kapasiti bateri 90 mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 6 hari. Ciri-ciri utama yang terdapat padanya seperti 0.73 inci skrin, pilihan tiga warna hitam, perak dan emas, kalis air dan sebagainya. Untuk harganya pula ia kan dijual pada harga €169 (RM700).

Bagi Earphone Huawei Talkband N1 pula, ia merupakan set telinga Stereo tanpa wayar yang membenarkan anda untuk membuat panggilan dan mendengar muzik. Menariknya, earphone ini hadir dengan memori terbina 4 GB yang cukup untuk muatkan 1000 file lagu. Ia bukan saja sebuah earphone malah ia juga boleh dijadikan sebagai MP3 Player. Ia akan di pasaran dengan harga €119 (RM400) yang boleh didapati dengan warna merah, emas dan perak.

Huawei Talkband N1