fhoneMaxis menyekat Pembekal kandungan (Content Provider) dengan Langanan Automatik

Kadang-kala kita begitu kecewa dengan sesetengah pembekal kandungan (Content Provider) yang menawarkan langganan automatik kepada pengguna. Kesanya, pengguna terpaksa menanggung kerugian dengan kehilangan kredit yang banyak tanpa kita sedari dan juga lambakan mesej-mesej yang berbentuk spam di telefon bimbit anda yang seolah-olah memaksa anda untuk melanggan sesuatu kandungan sama ada lagu, nada dering, wallpaper, permainan ataupon aplikasi.

Selepas menerima begitu banyak aduan dari pengguna, Maxis dilihat telah mengambil tindakan kepada beberapa syarikat pembekal kandungan tersebut dengan menyekat akaun mereka. Masalah ini dilihat bukan sahaja dialami oleh pengguna Maxis sahaja. Diharap penyedia rangkaian telekomunikasi yang lain akan mengambil langkah yang sama bagi menjaga privasi dak hak pengguna rangkaian mereka.

Bagi pengguna Maxis yang masih lagi menerima mesej kandungan yang telah di cas tanpa pengatahuan, anda boleh terus menghubungi talian penghidmatan pelangan Maxis dengan mendail 123 (post-paid) atau 1300820120 (pre-paid) atau e-mail [email protected] untuk melaporkan sebarang penyalahgunaan.

Sumber : Thestar

Tags