Microsoft Universal Foldable KeyboardMicrosoft Umumkan Portable Keyboard Yang Boleh Dilipat

Selain daripada model-model Lumia yang dilancarkan pada MWC 2015, Microsoft turut memperkenalkan beberapa aksesori gajet iaitu Portable Keyboard yang boleh dilipat dan dibawa kemana sahaja. Ia serasi digunakan untuk peranti dari Android, iOS dan juga Windows.

Papan kekunci QWERTY ini sangatlah ringan dengan reka bentuk yang boleh dilipat kepada dua bahagian. Namun ia tidaklah begitu kecil sehingga boleh diletakan di poket seluar anda tetapi ianya cukup muat juka dimasukan ke bag kecil anda.

Microsoft Universal Foldable Keyboard

Menurut Microsoft, Microsoft Keyboard ini memiliki baterinya sendiri yamg mampu bertahan sehingga 3 bulan. Jadi untuk pengembara mungkin ianya sesuai untuk anda dibawa bersama. Gajet mudah alih ini berharga USD 100 atau sekitar RM350 di Malaysia kelak. Ianya boleh disambung menggunakan bluetooth dengan mudah oleh peranti dari Android, iOS dan juga Windows.