Oppo R7Oppo R7, Peranti Tanpa Bezel Dari Oppo?

Oppo merupakan satu-satunya pengeluar telefon bimbit dari China dengan inovasinya tersendiri. Sebelum ini mereka telah memperkenalkan peranti dengan kamera boleh putar yang membolehkan pengguna mengambil gambar selfie dengan mudah menggunakan kamera utama. Kini, Oppo dikatakan akan hadir dengan peranti baharu tanpa bezel (bingkai) dengan penggunaan skrin yang lebih optimum. Dengan ketiadaan bezel bermakna dapat mengurangkan kelebaran peranti disamping mengekalkan saiz skrin yang besar bagi memastikan dapat digengam dengan selesa di tangan.

Peranti tersebut mungkin akan diperkenalkan sebagai Oppo R7 kelak. Mengenai spesifikasinya masih lagi tidak banyak didedahkan di laman-laman media online. Namun, menurut sumber Oppo R7 akan hadir dengan cip pemproses Octa-Core MediaTek MT6795 dan 20.7 Megapixel kamera.

Oppo R7Paten dari Oppo menunjukan teknologi skrin tanpa bezel dari mereka

Mengenai teknologi yang digunakan, Oppo menggunakan panel display yang standard untuk peranti ini. Bagaimanapon mereka bawakan teknologi khas yang boleh memancarkan display sehingga ke penjuru skrin. Menurut oppo dengan kaedah ini lebih menjimatkan berbanding menggunakan panel display sepenuhnya sehingga ke bucu peranti.

Spesifikasi Telefon Berkaitan

image-5743 image-5738 image-5734 image-5407 image-5170
Oppo U3 Oppo R5 Oppo N3 Oppo R1L Oppo Find 7a