Samsung Galaxy A3 CelcomCelcom Menawarkan Plan Internet untuk Samsung Galaxy A3

Di Malaysia, Samsung Galaxy A3 telah pon berada di pasaran pada harga RM899. Ia merupakan peranti kelas pertengahan yang dilengkapi dengan paparan skrin sebesar 4.5 inci. Untuk peranti ini, Celcom telah menawarkan plan data internet dengan harga subsidi serendah RM338 seunit.

Dengan kontrak selama 24 bulan, plan data internet dari Celcom ini hadir dengan dua pilihan plan dengan komitmen bulanan RM85 dan RM135.

Plan Data Internet untuk Samsung Galaxy A3

  • Celcom FIRST plan ( RM85/bulan untuk 2GB data Internet ) – Harga Peranti : RM538
  • Celcom FIRST plan ( RM135/bulan untuk 3GB data Internet ) – Harga Peranti : RM338

Untuk maklumat lanjut untuk plan data internet untuk Samsung Galaxy A3 boleh merujuk di laman rasmi Celcom. Mengenai spesifikasi Samsung Galaxy A3, ia merupakan peranti 4.5 inci yang hadir dengan sambungan LTE, Pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410, kamera utama 8 Megapixel dan sebagainya. Baca juga spesifikasi penuh Samsung Galaxy A3.