Belian Ansuran iPhone 6 UMobilePlan UMobile Belian Ansuran iPhone 6 Serendah RM98 Sebulan

Ramai yang ingin menggunakan Apple iPhone 6, namun dengan harganya yang menjangkau RM3000 mungkin ianya hanya menjadi mimpi. Untuk memberi peluang kepada kebanyakan pengguna menggunakan peranti ini, UMobile hadir memperkenalkan skim bayaran ansuran untuk Apple iPhone 6Apple iPhone 6 PlusApple iPhone 5S dan Apple iPhone 5c dengan bayaran serendah RM98 sebulan untuk Apple iPhone 6 melalui Pelan Belian Ansuran Microcredit UMobile. 

Menariknya tentang pakej ini ialah pengguna tidak diwajibkan untuk melangan mana-mana plan data atau prepaid dari UMobile. Pengguna diberi pilihan sama ada membuat bayaran untuk tempoh 12 bulan, 24 bulan, 30 bulan dan 33 bulan dengan faedah serendah 0.84%.

Cara Memohon Pelan Ansuran Microcredit UMobile

Belian Ansuran iPhone 6 UMobileCara Memohon Pelan Ansuran Microcredit UMobile

Bagi yang berminat untuk membeli iPhone 6 melalui Skim Ansuran Microcredit anda boleh memohon secara Online atau melawat ke kedai UMobile berhampiran. Anda hanya perlu sertakan salinan IC, dan bukti pendapatan melalui slip gaji dan kenyataan EPF atau tiga bulan kenyataan bank bagi yang bekerja sendiri.

Kaedah Bayaran Pelan Ansuran Microcredit UMobile

Belian Ansuran iPhone 6 UMobileKaedah Bayaran Pelan Ansuran Microcredit UMobile.

Melalui Skim Ansuran Microcredit UMobile, pengguna diberi peluang untuk membuat bayaran balik melalui pelbagai cara termasuk bayaran online melalui AMBank, CIMB, Maybank, Public Bank, RHB dan PosOnline, bayaran melalui kad ATM MEPS, dan ejen bank yang berdaftar seperti Petronas dan sebagainya

Untuk maklumat layari laman rasmi UMobile.