Samsung GALAXY A5 DigiDigi Tawar Pelan Data Untuk Samsung GALAXY A5

Samsung Galaxy A5 telah pon berada di pasaran Malaysia dengan harga RM1199. Kini anda mungkin boleh mendapatkan peranti tersebut dengan harga yang lebih murah dengan pelan data dari Digi. Dengan Pelan dari Digi anda boleh membeli Samsung Galaxy A5 pada harga bermula RM299 serta memilih lebih 7 pelan data bermula dari RM48 sebulan sehingga RM148 sebulan.

Antara Pelan Data yang ditawarkan untuk Samsung Galaxy A5

  • Digi SmartPlan 148 – 6GB Internet, 400 mins , 400 SMS
  • Digi SmartPlan 148 – 3GB Internet, Unlimited Calls and SMS
  • Digi SmartPlan 78 – 3GB Internet, 200 mins, 200 SMS
  • Digi SmartPlan 78 – 1GB Internet, 800 mins, 800 SMS
  • Digi SmartPlan 108 – 5GB Internet, 300 mins, 300 SMS
  • Digi SmartPlan 108 – 1.5GB Internet ,  Unlimited Calls and SMS
  • DG Smart Family + Mobile Internet Plan 48 – 2GB Internet, FREE calls, SMS & MMS to DG Family

Sedikit maklumat mengenai spesifikasi Samsung Galaxy A5 ia merupakan peranti kelas pertengahan yang diumumkan untuk pasaran Malaysia pada bulan lepas. Ia dilengkapi dengan skrin Super AMOLED sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD 720 x 1280 pixels. Untuk prestasinya, ia hadir dengan pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53 dan 2 GB RAM. Di bahagian belakangnya pula tertera kamera 13 Megapixel yang disertakan dengan LED Flash serta menyokong rakaman video HD 1080P. Baca juga review Samsung Galaxy A5 dari kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan peranti ini melalui pelan data dari Digi, Anda boleh membelinya secara terus di laman rasmi Digi.

Spesifikasi Telefon Berkaitan

image-5583 image-6101 image-5581 image-6131 image-6129
Samsung Galaxy A5 Samsung Galaxy A7 Samsung Galaxy A3 Samsung Galaxy E7 Samsung Galaxy E5