Samsung Galaxy Note Edge celcom

Sebelum ini Maxis telah menawarkan pelan data untuk Samsung Galaxy Note Edge dengan harga peranti serendah RM2299 dan hari ini Celcom pula hadir dengan tawaran yang lebih murah dengan harga peranti serendah RM1738 dengan pakej Celcom First Elite.

Untuk plan data dari Celcom, mereka hadir dengan tiga plan utama untuk Samsung Galaxy Note Edge iaitu Celcom First dengan komitmen bulanan RM85, Celcom First + Max Up All dengan komitmen bulanan RM135 dan Celcom First Elite dengan komitmen bulanan RM235. Maklumat terperinci mengenai plan tersebut seperti di bawah.

Plan Data Celcom untuk Samsung Galaxy Note Edge

  • Celcom First ( RM85/bulan untuk 2GB data Internet ) – Harga Peranti : RM2,388
  • Celcom First + Max Up All ( RM135/bulan untuk 3GB data Internet ) – Harga Peranti : RM2,188
  • Celcom First Elite ( RM235/bulan untuk 3GB data Internet ) – Harga Peranti : RM1,738

Sedikit mengenai spesifikasi Samsung Galaxy Note Edge, ia merupakan Smartphone pertama yang dilengkapi dengan skrin lengkung di bahagian sisi yang memaparkan pelbagai maklumat ringkas termasuk ikon pintas ke aplikasi dan sebagainya. Baca juga Spesifikasi Samsung Galaxy Note Edge untuk maklumat spesifikasi untuk peranti ini. Untuk mengathui lebih lanjut mengenai plan dari Celcom ini boleh merujuk di laman rasmi Celcom.