Samsung Galaxy S6Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge Hadir Di Malaysia 2 April

Nampaknya Samsung Malaysia akan membawa masuk peranti perdana Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge lebih awal untuk pasaran Malaysia iaitu pada 2 April ini sehari selepas GST dikuatkuasa di negara kita. Buat masa ini, Samsung Malaysia masih lagi belum mendedahkan harga bagi kedua-dua peranti ini. Namun sudah tentunya kita tidak mengharapkan ia akan dijual dibawah RM2000.

Megenai spesifikasinya kedua-dua peranti ini memiliki spesifikasi yang sama. Bezanya ialah Samsung Galaxy S6 Edge hadir dengan skrin lengkung di bahagian kedua-dua sisinya dengan penambahan beberapa aplikasi khas untuk Galaxy S6 Edge.

Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge

  • Dilengkapi dengan platform Android 5.0.2 (Lollipop)
  • Pemproses Exynos 7420 dengan Quad-core 1.5 GHz & Quad-core 2.1 GHz
  • Dilengkapi dengan skrin sebesar 5.1 inci Super AMOLED, 1440 x 2560 pixels
  • Skrin lengkung dibahagian sisi untuk Samsung Galaxy S6 Edge
  • Kamera utama 16 Megapixel, Dual LED Flash, OIS dan kamera hadapan 5 Megapixel
  • Terdapat pilihan memori 32, 64, 128 GB dan 3 GB RAM
  • Kapasiti bateri Li-Ion 2550 mAh, Pengecas tanpa wayar

Spesifikasi Telefon Berkaitan

image-6350 image-6348 image-5253 image-5245 image-3641
Samsung Galaxy S6 Edge Samsung Galaxy S6 Samsung Galaxy Note Edge Samsung Galaxy Note 4 Samsung Galaxy S5