Samsung Galaxy S6 – Peranti Premium Dari Samsung

Samsung telah mengumumkan peranti perdana Samsung Galaxy S6  dan Samsung Galaxy S6 Edge beberapa hari yang lalu pada acara Mobile World Congress (MWC 2015). Ia merupakan peranti yang dinantikan oleh kerana ia merupakan perintis dengan pelbagai ciri-ciri baru yang dibawa olehnya.

Samsung membawakan dua variasi untuk Galaxy S6. Satu dengan model yang biasa dan satu lagi model dengan skrin lengkung di kedua-dua sisi yang dipanggil Samsung Galaxy S6 Edge.

Soal harganya, sudah tentu kita tidak menjangkakan sebuah peranti dengan harha yang murah. Dengan reka bentuk premium, spesifikasi yang terbaik, sudah tentunya ia dijual menjangkau RM 3000 untuk kedua-dua peranti ini apabila berada dipasaran Malaysia kelak. Namun, kita harapkan Syarikat telekomunikasi akan menawarkan harga Samsung Galaxy S6 yang lebih murah beserta plan data internet apabila ia dilancarkan kelak.

Reka Bentuk

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Klik Untuk Besarkan

Samsung Galaxy S6 hadir dengan rekan bentuk yang begitu elegan. Ia hadir dengan paparan 5.1 inci yang tidak begitu besar yang begitu selesa di tangan dan juga di poket seluar anda. Untuk paparan skrin, Samsung telah meningkatkan resolusi pada Galaxy S6 dari resolusi 1080p kepada 1440p untuk paparan yang lebih jelas.

Reka bentuk Samsung Galaxy S6 juga berbeza dengan model flagship sebelum ini dimana ia hadir dengan kerangka logam bersalut kaca Gorilla Glass 4 di depan dan belakang serta penutup belakangnya yang tidak boleh dibuka. Peranti yang setebal 6.8mm dan berat 138g ini hadir dengan 4 pilihan warna iaitu putih, hitam, biru dan emas.

Spesifikasi

General
Platform Android 5.0.2 (Lollipop)
Processor Exynos 7420
Cipset Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2.1 GHz Cortex-A57
GPU Mali-T760
Date Announced March 2015
Price Latest Samsung Price in Malaysia
Coverage
GSM Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
UMTS Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
LTE Network LTE
Version/SIM Single SIM (Nano-SIM)
Design
Type Smartphone
Design Candybar
Dimensions 143.4 x 70.5 x 6.8 mm
Weight 138 g
QWERTY
Others • Fingerprint sensor (PayPal certified)
• Samsung Pay (Visa, MasterCard certified)
Display
Technology Super AMOLED, 16M Colors, 577 PPI Pixel Density
Resolution 1440 x 2560 pixels
Size 5.1 inches
Touchscreen Capacitive Touchscreen, Multitouch
Protection Corning Gorilla Glass 4
Others TouchWiz UI
Multimedia
3.5mm Audio Jack Yes
Radio Yes
Music Player Yes
Sound Format MP3 / WAV / WMA / AAC
Video Format MP4 / H.264
Streaming Yes
TV Tunner
Editor Audio / video / Document
Memory
Built-in Storage 32 / 64 / 128 GB
Card Slot
System Memory 3 GB RAM
Connectivity
GPRS Yes
EDGE Yes
Data Speed HSPA: 42.2/5.76 Mbps, LTE: 300/50 Mbps
WIFI Yes
NFC Yes
USB Yes
Bluetooth Yes
Infrared Yes
TV-Out
Camera
Camera 16 Megapixel, Optical Image Stabilization (OIS)
Resolution 2988 x 5312 pixels
Flash LED flash
Focus Autofocus
Features Geo-tagging, touch focus, face detection, Auto HDR, panorama
Video 2160p@30fps, 1080p@60fps, 720p@120fps
Front Camera 5 Megapixel
Features
Battery Li-Ion 2550 mAh
Colors White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum, Blue Topaz
GPS A-GPS, GLONASS
Sensors Accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer, heart rate, SpO2
Applications Organizer, Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Calendar, Google Talk
Others • Wireless charging (Qi/PMA)

Bagi Spesifikasi Samsung Galaxy S6, ia hadir dengan spesifikasi yang terbaik pada kelasnya. Berbeza dengan peranti perdana keluaran jenama lain, peranti ini hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan seperti pengesan cap jari bagi memudahkan proses pengenalan diri, pengecas tanpa wayar, sensor-sensor kesihatan seperti pengesan denyutan nadi dan sebagainya.

Samsung selalu mengutamakan prestasi yang terbaik pada model flagship mereka. Untuk itu mereka telah bawakan pemproses Octa-Core Exynos 7420 Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2.1 GHz Cortex-A57 dengan 3 GB RAM. Bukan itu saja, Samsung Galaxy S6 hadir dengan pilihan memori terbina 16, 32, dan 64 GB memori dalaman. Namun Samsung tidak menyediakan slot memori tambahan oleh kerana kerangka belakangnya yang tidak boleh dibuka.

Bagi kameranya pula, Samsung bawakan 16 Megapixel kamera yang hadir dengan penstabilan imej OIS bagi mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik tanpa kabur yang terhasil dari gegaran. Untuk kamera hadapan pula, Samsung telah menungkatkan kepada 5 Megapixel berbanding model Galaxy S5 sebelum ini.

Aplikasi


Sudah tentunya, Samsung Galaxy S6 hadir dengan sistem operasi terbaru, Android 5.0 Lollipop. Menurut Samsung, mereka telah mengurangkan aplikasi sedia ada yang terdapat pada Galaxy S6 bagi meningkatkan prestasinya. Namun, Samsung telah menyediakan pelbagi aplikasi dari pihak ketiga secara percuma untuk peranti ini.

Selain itu, Samsung bawakan kemaskini untuk aplikasi kamera dengan antaramuka yang baru, aplikasi untuk bayaran mobile dan pemantau dentutan nadi.

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan Kekurangan
  • Kamera dengan sensor yang besar
  • Prestasi yang terbaik
  • Menyokong sambungan 4G LTE
  • Pengesan Cap Jari
  • Paparan dengan resolusi tinggi
  • Tiada Slot memori tambahan
  • Penutup belakang yang tidak boleh dibuka