Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M)Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) Diperkenalkan

Kerajaan telah memperkenalkan Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) dengan pek permulaan serendah RM5.90 untuk memberi peluang terutamanya yang berpendapatan rendah dan pelajar mengurangkan kos telekomunikasi mereka.

SR1M telah menawarkan perhidmatan cas yang lebih murah untuk data internet serta panggilan suara dan SMS. Dengan harga pek permulaan serendah RM5.90, pengguna juga akan diberi akses internet percuma sebanyak 150MB dan kredit RM5 percuma.

Data Internet Dan Cas Panggilan Dan SMS

selain cas panggilan dan SMS, Kad prabayar SR1M turut menawarkan plan data internet serendah  RM17 untuk 1 GB data internet, RM27 untuk 1.5 GB data internet dan RM47 untuk 3 GB data. Ketiga-tiga plan datan tersebut untuk jangka masa selama sebulan. Untuk cas panggilan dan SMS pula, SR1M menawarkan cas samarata ke semua talian dengan cas 8 sen/Blok untuk panggilan suara dan 8 sen/SMS untuk kadar SMS.

Plan data Internet :

  • RM 17 untuk plan data 1 GB – Jangka masa 1 Bulan
  • RM 27 untuk plan data 1.5 GB – Jangka masa 1 Bulan
  • RM 47 untuk plan data 3 GB – Jangka masa 1 Bulan

Cas Panggilan dan SMS :

  • 8 Sen/Blok – Semua Talian
  • 8 Sen/SMS – Semua Talian
  • Data 5 Sen/MB

Jangka hayat Kredit :

  • RM5.00 – 5 Hari
  • RM10.00 – 10 Hari
  • RM30.00 – 60 Hari
  • RM50.00 – 100 Hari

Buat masa ini, Kad prabayar SR1M hanya boleh didapati melalui pengedar rasmi SR1M sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) boleh merujuk di laman rasmi SR1M.

Sumber : Sr1m.com.my