flexible DisplaySamsung Akan lancarkan Smartphone Boleh Lipat Tahun depan

Smartphone yang boleh dilipat bukanlah sesuatu yang baru, ia telah banyak di lancarkan sebelum tahun 2008 sebelum kemunculan Android dan iOS. Tetapi peranti dengan skrin yang boleh dilipat mungkin sesuatu yang baru. Dan itulah teknologi baru yang mungkin Samsung akan guna pakai pada peranti-perantinya tahun hadapan.

Samsung merupakan salah satu pengeluar telefon bimbit yang penuh dengan inovasi yang baru terutamanya pada teknologi skrin. Lihat saja yang terdapat pada Samsung Galaxy Round yang merupakan peranti pertama dengan skrin lengkung. Tidak lupa juga Samsung Galaxy Note 4 Edge dan Samsung Galaxy S6 Edge dengan skrin lengkung di bahagian sisi dan tidak mustahil Samsung akan memperkenalkan peranti dengan skrin yang boleh dilipat pada tahun hadapan.

Pengenalan skrin flexible dari Samsung pada CES 2013

Sebenarnya Samsung telah memperkenalkan teknologi skrin boleh lipat ini sejak tahun 2013 lagi dengan pelancaran skrin flexible (boleh lentur) yang di beri nama Galaxy Youm. Sekarang teknologi tersebut banyak digunakan pada TV lengkung milik samsung dan barisan peranti Edge.

Buat masa ini, masih lagi belum ada kenyataan rasmi dari Samsung mengenai pelancaran peranti dengan skrin boleh lipat dari Samsung. Namun desas-desus menyatakan Samsung dan LG telah bekerjasama bagi merialisasikan skrin lipat tersebut.

Sumber : SlashGear

Spesifikasi Telefon Berkaitan

image-6350 image-5253 image-6504 image-3452 image-6348
Samsung Galaxy S6 Edge Samsung Galaxy Note Edge LG G Flex 2 LG G Flex Samsung Galaxy S6

Tags