Xiaomi Redmi 2 Spesifikasi Review Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan Xiaomi Redmi 2 dengan harga RM449 untuk pasaran tempatan yang boleh dibeli di laman rasmi Mi Malaysia bermula 17 March ini. Walaupon menawarkan harga yang agak murah, peranti ini menawarkan sesuatu yang menarik pada kelasnya. Ia merupakan peranti generasi ke dua selepas model terdahulunya dilancarkan pada tahun 2013.

Redmi 2 membawakan beberapa penambahbaikan pada modelnya yang terdahulu. Perubahan ketara kita boleh lihat pada reka bentuk yang lebih warna-warni, prestasi yang ditingkatkan dengan pemproses yang baru, sokongan rangkainan LTE, serta kapasiti bateri yang telah ditingkatkan.

Reka Bentuk Xiaomi Redmi 2

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Berbeza dengan model terdahulu, Xiaomi Redmi 2 hadir dengan pelbagai warna yang lebih menarik. Ia didatangkan dengan lima pilihan warna termasuk hitam, putih, kuning, hijau dan merah jambu. Ia dilengkapi dengan paparan IPS 4.7 inci dengan resolusi 1280×720 pixel dan ketumpatan skrin 312 PPI yang menyampaikan warna yang konsisten  pada setiap sudut penglihatan.

Selain itu, Redmi 2 direka lebih ringan dan nipis berbanding model yang sebelumnya. Ia memiliki ketebalan 9.4 mm dengan berat 133 g. Ia juga memiliki rekaan lengkung di setiap bucu dan sisi serta kerangka belakang yang bertekstur bagi memberi keselesaan ketika di tangan mahu pon di poket.

Spesifikasi Xiaomi Redmi 2

General
Platform Android 4.4.4 (KitKat)
Processor Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53
Cipset Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410
GPU Adreno 306
Date Announced January 2015
Price Xiaomi Redmi 2 Price in Malaysia
Coverage
GSM Network GSM 900 / 1800 / 1900
UMTS Network HSDPA 850 / 1900 / 2100
LTE Network LTE 1800 / 2600
Version/SIM Dual SIM Version (Micro SIM)
Design
Type Smartphone
Design Candybar
Dimensions 134 x 67.2 x 9.4 mm
Weight 133 g
QWERTY
Others
Display
Technology IPS LCD, 16M colors, 312 ppi pixel density
Resolution 720 x 1280 pixels
Size 4.7 inches
Touchscreen Capacitive Touchscreen, Multitouch
Protection Corning Gorilla Glass 2
Others
Multimedia
3.5mm Audio Jack Yes
Radio Yes
Music Player Yes
Sound Format MP3 / WAV / WMA / AAC
Video Format MP4 / H.264
Streaming Yes
TV Tunner
Editor Audio / video / Document
Memory
Built-in Storage 8 / 16 GB
Card Slot microSD, Maximum 32 GB
System Memory 1 / 2 GB RAM
Connectivity
GPRS Yes
EDGE Yes
Data Speed HSPA, LTE
WIFI Yes
NFC
USB Yes
Bluetooth Yes
Infrared
TV-Out
Camera
Camera 8 Megapixel
Resolution 3264 x 2448 pixels
Flash LED flash
Focus Autofocus
Features Geo-tagging, HDR
Video 1080p@30fps
Front Camera 2 Megapixel
Features
Battery Li-Po 2200 mAh
Colors Black, White, Yellow, Pink, Green
GPS A-GPS, GLONASS
Sensors Accelerometer, gyro, proximity, compass
Applications Organizer, Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Calendar, Google Talk
Others

Ciri-Ciri Utama Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2 MIUI 6 yang berasaskan Android 4.4.4 Kitkat

Walaupon dengan kos yang rendah tidak menghalang Xiaomi untuk menawarkan spesifikasi yang terbaik. Ia hadir dengan sokongan 4G LTE yang mampu muat turun data internet dengan kelajuan 150Mbps untuk kedua-dua slot SIM. Menurut Xiaomi, prestasinya adalah dua kali lebih baik dari sebelumnya dengan pemproses 64-Bit Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53 yang lebih efektif dan penggunaan bateri yang lebih baik.

Bagi yang gemar bergambar, Xiaomi Redmi 2 hadir dengan 8 Megapixel kamera yang menggunakan sensor BSI untuk gambar yang lebih baik terutamanya ketika waktu malam. Ia juga hadir dengan 5 elemen kanta yang sangat membantu dalam pencahayaan yang lebih baik. Xiaomi Redmi 2 juga menawarkan pelbagai mod pengambaran termasuk panorama, HDR, fisheye dan lebih  36 smart filter terdapat padanya. Di bahagian hadapan pula, ia hadir dengan 2 Megapixel kamera yang menyokong rakaman videh HD 720P.

Xiaomi Redmi 2 juga hadir dengan antaramuka MIUI 6 yang berasaskan Android 4.4.4 (KitKat). MIUI 6 merupakan antaramuka yang hadir dengan ciri-ciri baru yang sangat cantik. Antara ciri-ciri khas yang terdapat pada MIUI 6 seperti Smart call notifications dimana aplikasi yang dibuka tidak akan diganggu apabila terdapat panggilan masuk. Ia juga hadir dengan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Security Center bagi memantau prestasi dan keselamatan peranti anda.

Xiaomi Redmi 2
Xiaomi Redmi 2
Contoh antaramuka MIUI 6 pada Xiaomi Redmi 2

Kelebihan dan Kekurangan Xiaomi Redmi 2

Kelebihan Kekurangan
  • Pelindung skrin Corning Gorilla Glass 2
  • Sokongan Dual SIM
  • Menyokong sambungan 4G LTE
  • Harga mampu milik RM449
  • Tidak dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air dan debu
  • Tidak dilengkapi fungsi NFC