Xiaomi YiXiaomi Yi – Camera Lasak 16MP Dengan Harga Murah

Xiaomi, Pengeluar telefon bimbit ternama di China dilihat cuba meluaskan pasaran mereka dengan menceburi dalam bidang kamera aksi. Baru-Baru ini mereka telah mengumumkan Xiaomi Yi, sebuah kamera lasak mirip GoPro dengan harga yang jauh lebih murah yang dijual sekkitar USD64 atau RM250 di Malaysia. 

Bukan sahaja Xiaomi Yi menawarkan harga yang murah, ia juga menawarkan kualiti gambar yang sangat baik setanding dengan kamera lasak professional yang lain. Xiaomi Yi hadir dengan 16 Megapixel kamera dengan sensor CMOS Sony Exmor R BSI yang mana jauh lebih baik daripada kebanyakan kamera aksi yang berada dipasaran pada harga yang sama. Bukan itu saja, ia hadir dengan memori terbina 64 GB.

Spesifikasi Xiaomi Yi Action Camera

  • Kamera 16 Megapixel, CMOS Sony Exmor R BSI
  • Dua pilihan warna hijau dan putih
  • Dimensi 60.4mm x 42mm x 21.2mm dan berat 72g
  • Kanta Optik dengan bukaan f2.8
  • Fungsi kalis air sehingga 40 meter
  • Memori 64 GB
  • Sambungan WIFI dan Bluetooth

Buat masa ini, Xiaomi Yi hanya boleh didapati di China, namun kami yakin produk sebaik ini juga akan berada di pasaran Malaysia sama ada melalui Xiaomi Malaysia atau dibawa masuk oleh pembekal tidak rasmi.

Perbandingan Antara Xiaomi Yi Dan GoPro HERO

Sedikit perbandingan antara kamera aksi Xiaomi Yi, GoPro Hero 3 dan GoPro Hero 4 yang telah dibuat. Melalui perbandingan gambar dan video kita dapat lihat bahawa kamera murah Xiaomi Yi juga setanding dengan kamera professional dari GoPro dengan harga ribuan ringgit di pasaran.

Xiaomi YiKamera Xiaomi Yi
GoPro HEROKamera GoPro Hero 3
GoPro HEROKamera GoPro Hero 4
Xiaomi YiKamera Xiaomi Yi
GoPro HEROKamera GoPro Hero 3
GoPro HEROKamera GoPro Hero 4

Sumber : Cri.cn