Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memperkenalkan Aplikasi MeterOn khas untuk pengguna teksi bagi memantau perjalanan mereka supaya lebih selamat. Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma untuk pengguna Android dan iOS.

Aplikasi MeterOnSPAD Lancarkan Aplikasi MeterOn Untuk Penumpang Teksi

Antara ciri-ciri utama serta kebolehan aplikasi ini seperti mengesahkan identiti pemandu teksi melalui nombor pendaftaran pada teksi bagi mendaptkan maklumat seperti aduan mengenai pemandu, maklum balas dari penumpang dan sebagainya. Sekiranya teksi dipandu oleh individu yang tidak dikenali, anda boleh membuat laporan pantas melaui aplikasi tersebut.

Selain itu, penumpang juga boleh memantau perjalanan mereka dan berkongsi lokasi terkini ketika didalam teksi bersama kenalan utama. Anda juga boleh menyemak anggaran tambang melalui aplikasi ini. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Aplikasi MeterOn seperti dibawah.

Ciri-Ciri Utama Yang Terdapat Pada Aplikasi MeterOn :

  • Mendapatkan maklumat mengenai status pemandu seperti aduan semasa, maklum balas pengguna.
  • Jejak perjalanan anda supaya sampai ke destinasi dengan selamat.
  • Anggaran tambang mengikut jarak perjalanan dan kelas teksi (Bajet, TEKSIM dan Eksekutif)
  • Memberi penilaian kepada pemandu
  • Isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan
  • Membuat laporan dan aduan dengan mudah

Dengan adanya aplikasi seperti ini sudah tentunya dapat membantu pelbagai pihak terutamanya pada penumpang teksi untuk memastikan perjalanan mereka lebih selamat seterusnya menggalakan pemandu-pemandu teksi untuk berkerja dengan lebih berhemah supaya tidak mendapat maklum balas negatif dari penumpang.

Muat Turun : Aplikasi MeterOn Untuk Android dan iOS

Tags