Sebelum ini Nokia dikatakan ingin menjual Unit pemetaan HERE Maps bagi mengumpul dana dan mengfokuskan pada perhidmatan rangkaian jalur lebar mereka. Beberapa syarikat-syarikat koporat dilihat mula mengintai-ngintai dan berminat untuk membeli aplikasi navigasi tersebut. Antara yang berminat seperti Uber Technologies dan juga syarikat pengeluar kereta dari Jerman.

Nokia HERE MapsApple Dan Facebook Juga Berminat Untuk Membeli HERE Maps

Terbaru, Lelongan unit pemetaan HERE Maps mungkin mendapat lebih banyak pembida. Menurut bloomberg, Nama-nama besar seperti Apple Inc, Alibaba Group Holding Ltd, Amazon.com Inc dan Facebook juga berminat untuk mendapatkannya.

Nokia HERE Maps merupakan satu-satunya Aplikasi Navigasi yang boleh digunakan tanpa menggunakan Internet

Menurut Nokia, Aset unit pemetaan tersebut telah semakin susut. Mereka telah membelinya pada tahun 2008 dengan harga USD 8.1 Billion dan mereka memerlukan USD 3.2 Billion daripada jualan HERE Maps untuk pembangunan Nokia.

Sebelum ini, Nokia telah bersetuju untuk membeli Alcatel-Lucent dengan harga €15.6 billion yang menjadikan ia sebagai pembekal terbesar dunia untuk rangkaian peranti mudah alih. Nokia juga telah menyatakan hasratnya untuk menceburi semula dalam bidang telefon bimbit pada tahun 2016 setelah perjanjian dengan Microsoft tamat pada tahun tersebut.