Pada tahun ini, Apple dijangka akan melancarkan tiga telefon pintar termasuk Apple IPhone 6C, Iphone 6S dan IPhone 6S Plus yang sudah tentunya ketiga-tiga peranti ini akan membawakan penambahbaikan untuk model-model yang dilancarkan sebelum ini. Pada tahun lepas, tiada barang berita mengnai iPhone versi murah yang bakal menggantikan iPhone 5C yang telah dilancarkan pada dua tahun lalu. Bagaimanapon untuk tahun ini, mula kedengaran desas-desus mengenai kemunculan iPhone 6C  tidak lama lagi.

Apple IPhone 6CGambar Konsep Awal Apple IPhone 6C

iPhone 5C merupakan salah satu usaha Apple yang agak berjaya untuk membawakan ekosistem iOS untuk kesemua lapisan masyarakat. Walaupon ia dikatakan versi iPhone murah, namun setelah pelancarannya buat pertama kali, harganya sedikit mengecewakan banyak pihak oleh kerana harganya yang dijual bermuala RM1589. 

Spesifikasi Apple IPhone 6C

Menurut sumber, Apple dikatakan sedang menyiapkan peranti tersebut. Dari segi reka bentuk, tidak banyak perbezaan dengan model 5C yang terdahulu dan ia juga dilengkapi dengan paparan sebesar 4.0 inci. Selain itu, ia dikatakan akan membawakan cip pemproses A8 yang sama terdapat pada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang turut hadir dengan sokongan NFC, pengimbas cap jari dan pelindung skrin dari Gorilla Glass. Untuk kameranya pula, ia akan hadir dengan 8 Megapixel yang berasaskan model iPhone 5S.

Baca : Spesifikasi penuh untuk peranti-peranti keluaran Apple

Bukan itu sahaja, iPhone 6C juga dikatakan akan hadir dengan versi khas untuk wanita dengan warna merah jambu. Untuk spesifikasi lain, masih lagi menjadi tanda tanya.

Pelancaran dan Harga Apple IPhone 6C

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Apple banyak mengedalikan acara pelancaran produk-produk baru sekitar bulan September dan Oktober setiap tahun. Baegitu juga dengan Apple Iphone 6C yang juga dikatakan akan dilancarkan pada September ini. Tentang harganya pula, model ini dikatakan akan bawakan tanda harga yang sama dengan Apple Watch yang dijual bermula USD349 atau sekitar RM1299 untuk pasaran Malaysia.