Sebelum ini, Asus telah mempersoalkan bahawa jam pintar miliknya Asus ZenWatch yang menggunakan platform Android Wear berhadapan dengan masalah jangka hayat bateri yang agak pendek dengan jangka hayat 1 hingga 2 hari sahaja. Bukan jam pintar dari Asus sahaja, Ianya merupakan masalah biasa yang di hadapi untuk semua jam pintar yang menjalankan platform yang sama. Bagi mengatasi masalah tersebut, Asus telah membangunkan jam pintar baharu dengan sistem operasinya sendiri bagi mengoptimumkan penggunaan bateri pada jam pintar tersebut.

Asus VivoWatch Asus VivoWatch Dengan 10 Hari Jangka Hayat Bateri

Dengan itu, Asus telah memperkenalkan Asus VivoWatch jam pintar dengan jangka hayat sehingga 10 hari. Untuk jam pintar ini, ia dikatakan lebih mengfokuskan pada fungsi kesihatan dengan beberapa ciri-ciri utama termasuk pengesan denyutan nadi, memantau tidur yang lebih sempurna serta mendapat pengikhtirafan IP67 untuk kalis debu dan air yang boleh menyelam sedalam 1 meter selama 30 minit.

Asus VivoWatch Merupakan Jam Pintar Yang Hadir Dengan Ciri-ciri Kesihatan Dengan Fungsi Kalis Air Dan Debu Serta 10 Hari Jangka Hayat Bateri.

Asus VivoWatch akan mula dipasarkan pada waktu terdekat pada harga sekitar USD150 atau bersamaan RM559 untuk pasaran Malaysia. Di Malaysia, tiada jam pinta ZenWantch untuk pasaran Malaysia dan diharap Asus Malaysia akan membawa masuk peranti ini untuk pasaran tempatan pada masa akan datang.

Sumber : Engadget