Baru saja semalam Asus Malaysia telah mengumumkan Asus Padfone S Plus dengan harga RM1099 yang mula dipasaran bermula hari ini. Hari ini Asus Zenfone 2 versi 4 GB RAM pula mula memasuki pasaran Malaysia. Namun ianya bukanlah secara rasmi dari Asus Malaysia. Sudah tentu ia dibawa masuk oleh DirectD yang merupakan gedung terbesar telefon bimbit di Malaysia.

Sebelum ini, DirectD telah memasarkan Asus Zenfone 2 versi 2 GB RAM dengan harga RM999. Untuk versi 4 GB RAM pula mereka telah menjual pada harga RM1299 tidak termasuk cukai GST.

Asus Zenfone 2 Asus Zenfone 2 Dengan 4 GB RAM Kini Di Malaysia

Asus Zenfone 2 merupakan kesinambungan kepada model-model Zenfone yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Ia merupakan peranti pertama yang menggunakan 4 GB RAM. Untuk prestasinya pula, model baru ini membawakan cip pemproses dari Intel Atom Z3580 dengan kepantasan CPU Quad-core 2.3 GHz. Berbeza dari model-model Zenfone yang terdahulu, Asus Zenfone 2 telah ditingkatkan hampir kesemua aspek termasuk reka bentuk, spesifikasi dan kamera.

Asus Zenfone 2 Bawakan 13 Megapixel, 4 GB RAM, Quad-core 2.3 GHz Dan Android 5.0 Lollipop

Untuk kameranya, Asus Zenfone 2 membawakan 13 kamera Pixel Master dengan dual LED Flash dibahagian belakang. Manakala di bahagian hadapan pula tertera kamera 5 Megapixel yang telah dipertingkatkan. Peranti dengan paparan sebesar 5.5 inci ini telah tersedia dipasang dengan Android 5.0 Lollipop.

Baca : Spesifikasi Penuh Asus Zenfone 2

Untuk model rasmi dari Asus Malaysia, ia dijangka akan diumumkan pada masa terdekat yang berkemungkinan pada bulan April atau May tahun ini. Manakala untuk Asus Zenfone Zoom pula akan menyusur kemudian.

Sumber : DirectD