Belon Altitud Tinggi USMUSM Bawa Malaysia ke Angkasa

Pasukan Belon Altitud Tinggi (HAB) yang terdiri daripada 12 orang pelajar tahun dua dan empat, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya melancarkan Belon Angkasa yang membawa dua buah kamera untuk mengambil gambar matahari terbit dan horizon bumi.

Pelancaran ini bersempena untuk menyertai Pertandingan Belon Angkasa Global atau singkatannya GSBC yang berlangsung di serata dunia bermula 10 hingga 27 April 2015.

Menurut penyelaras projek, Dr. Norilmi Amilia Ismail, Belon Altitud Tinggi USM telah dilancarkan pada jam 6.20 pagi dan berjaya dijumpai di perairan Utara Selat Melaka dengan bantuan pihak Maritim Malaysia pada jam 10.47 pagi. Ia telah mencapai altitud ketinggian 27.84 km dari paras laut dan berjaya mengambil beberapa gambar di angkasa.

Belon Altitud Tinggi USM Belon Altitud Tinggi USM Belon Altitud Tinggi USM Belon Altitud Tinggi USM

Menurutnya lagi, USM adalah pasukan pertama yang berjaya menghantar belon altitud tinggi untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Sumber : USM

Tags