ChatSIM ChatSIM Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM64.90 Setahun

Jika anda seorang pengembara yang selalu ke luar negara sudah tentu agak sukar berkomunikasi menggunakan telefon bimbit memandangkan setiap negara menggunakan rangkaian telekomunikasi yang berbeza. Dengan

ChatSIM dapat mengatasi masalah ini dimana ia boleh digunakan di pelbagai negara dengan langganan tahunan yang agak murah. Di Malaysia, DirectD yang telah menjadi pengedar rasmi telah menawarkan ChatSIM pada harga bermula RM64.90 untuk langganan setahun.

ChatSIM Malaysia, RM64.90 Untuk Langganan Setahun

ChatSIM merupakan kad SIM yang membenarkan pengguna berkomunikasi menggunakan aplikasi mesej tanpa had termasuk WhatsApp, Facebook Messenger, Line, WeChat, Skype, ChatOn dan pelbagai lagi. Namun ianya terhad untuk mesej teks sahaja. Untuk mesej bergambar dan video anda akan dikenakan cas tambahan mengikut kadar yang telah ditetapkan di negara yang dilawati. Di Malaysia, pengguna SIM ini akan disambung ke rangkaian Maxis.

Kini, ia boleh di guna pakai lebih 150 negara dengan kerjasama 400 penyedia rangkaian komunikasi. Ia hadir dengan dua pakej ChatSIM dan ChatSIM Plus dimana kedua-dua pakej ini hanya berbeza dari sokongan rangkaian dan negara sahaja. Sebagai contoh sekiranya anda ingin melawati jiran terdekat Singapura anda perlu menggunakan Chat SIM Plus memandangkan pakej biasa tidak menyokong negra dan rangkaian di Singapura. Anda boleh rujuk senarai sokongan negara untuk kedua-dua pakej ChatSIM di sini.

Sumber : DirectD