Sebelum ini Dell telah melancarkan tablet 8.4 inci, Dell Venue 8 7000 dengan reka bentuk menarik dan nipis. Ia memiliki ketebalan 6.1 mm menjadikan ia antara tablet yang ternipis di pasaran. Kini, Dell telah mengumumkan model yang lebih besar iaitu Dell Venue 10 7000 dengan paparan sebesar 10.5 inci dengan resolusi 2560 x 1600 pixel yang sama terdapat pada model 8.4 inci.
Untuk model kali ini, Dell masih lagi mengekalkan reka bentuk nipis dimana Dell Venue 10 7000 memiliki ketebalan hanya 6.2 mm. Untuk prestasinya pula, ia membawakan pemproses Intel Atom Z3580 dengan CPU Quad-core 2.3 GHz.
Dell Venue 10 7000 merupakan Tablet Android 5.0 Lollipop dengan 10.5 inci skrin, Kamera 8 Megapixel dan Pemproses Quad-core 2.3 GHz
Menarik tentang tablet ini ialah ia hadir dengan teknologi IntelReal Sense 3D pada kamera pada 3 kameranya. Teknologi ini membenarkan anda mengambil gambar dan mengubah titik fokus pada gambar tersebut. Berbeza dengan peranti-peranti HTC One yang memiliki dual kamera, tablet ini juga mampu mengukur jarak setiap objek di dalam gambar yang diambil.
Dell Venue 10 7000 telah tersedia dengan platform Android 5.0 Lollipop. Tablet ini lebih menyasarkan untuk golongan ahli perniagaan yang dijual pada harga USD499 atau bersamaan dengan RM1899. Peranti ini turut hadir dengan pilihan papan kekunci QWERTY yang dijual berasingan pada harga USD130 (RM499).