Google ChromecastGoogle Chromecast Di Malaysia Pada Harga RM170 Melalui Maxis

Google Chromecast merupakan gajet tambahan pada television anda yang membolehkan anda streaming video-video dari internet dengan mudah terus ke kaca TV anda. Namun ianya hanya boleh dilakukan sekiranya television anda memiliki sambungan HDMI.

Cara penggunaan juga cukup mudah, anda perlu sambungkan ke TV melalui sanbungan HDMI dan seterusnya mencapai sambungan Wifi yang sama pada peranti Android, Laptop/Desktop, Mac dan iOS. Selain menonton video-video streaming yang terdapat pada Youtube dan sebagainya, ia juga boleh mainkan video yang terdapat pada peranti terus ke TV.

Di Malaysia, Maxis mula menawarkan Google Chromecast pada harga RM170 termasuk GST yang boleh didapati di beberapa cawangan Maxis di seluruh negara termasuk Alamanda, Alor Star, BP Mall, Bukit Mertajam, Danga Bay, [email protected], Gardens, Imago, Ipoh, KL Sentral, Klang, KLIA, KLIA2, KLCC, Kota Bahru, Kuantan, Maxis Centre Sibu, Maxis Kuala Terengganu, Miri, Pavilion, Prai, Queensbay, Selayang, Seremban City Square, Taiping, Tmn Tun dan Warisan Square.

Anda berminat?. Boleh layari terus ke laman Maxis Google Chromecast untuk maklumat lanjut.