Harga Samsung Galaxy S6 Harga Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Rasmi Di Malaysia

Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge merupakan peranti kelas perdana dari Samsung yang telah dilancarkan pada awal March 2015 ynag lalu. Ia merupakan peranti premium yang hadir dengan kerangka yang sangat menarik serta menawarkan gabungan software dan hardware yang mantap.

Harga Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge

Setelah hampir sebulan dilancarkan pada MWC 2015 yang lalu, kini Harga Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge telah dikeluarkan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM2,599 untuk Samsung Galaxy S6 dan RM3099 untuk Samsung Galaxy S6 Edge. Kedua-dua model ini hadir dengan pakej 32 GB memori terbina yang hadir dengan warna putih, hitam, emas, biru gelap dan hijau gelap. 

Untuk Pembeli dari Malaysia, Samsung telah menawarkan servis premium bagi pembeli yang mendapatkan peranti ini secara rasmi dari pengedar sah mereka. Mereka telah membuka talian 24 jam untuk menguruskan masalah pada peranti mereka sekiranya ada masalah atau kerosakan berlaku pada Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge. Pihak Samsung Malaysia akan menguruskan pengambilan peranti kos baiki secara percuma.

Ciri-Ciri Utama Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge

Kedua-dua model ini tidak memiliki perbezaan yang ketara. Bezanya boleh dilihat pada reka bentuknya dimana, Samsung Galaxy S6 Edge hadir dengan skrin lengkung di bahagian kedua-dua sisinya manakala Samsung Galaxy S6 hadir dengan reka bentuk biasa dengan saiz paparan sebesar 5.1 inci Super AMOLED dengan resolusi 1440 x 2560 pixels. Bagi mencegah dari skrinnya retak, kedua-dua peranti ini hadir dengan perlindungan dari Corning Gorilla Glass 4 di kedua-dua bahagian hadapan dan belakang. Selain itu, Samsung telah membawakan ciri-ciri keselamatan seperti pengimbas cap jari untuk mencegah dari dicerobohi serta digunakan membuat pengesahan bayaran melalui Samsung Pay.

Samsung Galaxy S6Samsung Galaxy S6Samsung Galaxy S6

Untuk prestasi Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge, kedua-duanya hadir dengan pemproses Exynos 7420 dengan kepantasan CPU Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2.1 GHz Cortex-A57 dan Mali-T760MP8 GPU yang turut hadir dengan 3 GB RAM. Tiada sokongan slot memori tambahan untuk peranti ini. Namun ia hadir dengan tiga pilihan memori terbina 32 GB, 64 GB dan 128 GB. Untuk pasaran Malaysia, hanya model 32 GB akan dijual di pasaran.

Untuk Fungsi pengambaran pula, Ia hadir dengan 16 Megapixel kamera yang menyokong penstabilan imej optikal (OIS) yang amat membantu mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar atau video. Di bahagian hadapan pula, ia hadir dengan kamera 5 Megapixel kamera untuk selfie dan juga panggilan video melalui Skype.

Selain itu, Samsung membawakan beberapa fungsi khas yang terdapat pada peranti perdana mereka sahaja antaranya seperti aplikasi khas untuk penjagaan kesihatan yang hadir dengan pengesan nadi, pengecas tanpa wayar, pengimbas cap jari dan sebagainya. Untuk Spesifikasi lain boleh lihat senarai di bawah.

Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge

  • Dilengkapi dengan platform Android 5.0.2 (Lollipop)
  • Pemproses Exynos 7420 dengan Quad-core 1.5 GHz & Quad-core 2.1 GHz
  • Dilengkapi dengan skrin sebesar 5.1 inci Super AMOLED, 1440 x 2560 pixels
  • Skrin lengkung dibahagian sisi untuk Samsung Galaxy S6 Edge
  • Kamera utama 16 Megapixel, Dual LED Flash, OIS dan kamera hadapan 5 Megapixel
  • Terdapat pilihan memori 32, 64, 128 GB dan 3 GB RAM
  • Kapasiti bateri Li-Ion 2550 mAh, Pengecas tanpa wayar

Spesifikasi Telefon Berkaitan

Samsung Galaxy S6 Edge Samsung Galaxy S6 Samsung Galaxy Note Edge Samsung Galaxy Note 4 Samsung Galaxy S5
Samsung Galaxy S6 Edge Samsung Galaxy S6 Samsung Galaxy Note Edge Samsung Galaxy Note 4 Samsung Galaxy S5