Sebelum ini, beberapa gambar di media internet bahawa Oppo bakal melancarkan peranti tanpa bezel atau frame tidak lama lagi. Peranti yang mungkin dinamakan Oppo R7 Dan Oppo R7 Plus dikatakan akan dilancarkan pada 20 May ini.

HP Oppo R7Gambar bocor menunjukan HP Oppo R7 yang hadir dengan paparan tanpa bezel

Tentang spesifikasi kedua-dua model ini masih lagi tidak banyak didedahkan. Oppo R7 Plus mungkin akan hadir dengan skrin yang lebih besar berbanding R7. Cuma, dari desas-desus yang tersebar di internet peranti ini akan hadir dengan paparan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 1080p untuk paparan yang lebih jelas. Bagi fungsi pengambaran pula ia dikatakan akan hadir dengan 20.7 Megapixel kamera yang dipadukan dengan cip pemproses 64-Bit MediaTek MT6795 Octa-Core.

Oppo R7 Dan R7 Plus mungkin menjadi antara peranti terawal dengan paparan tanpa bazel. Ia menggunakan ruang sepenuhnya bagi minimumkan saiz lebar peranti dan memberi ruang pada paparan yang lebih besar. Dari pandangan hadapan, ia dilihat seolah-olah Samsung Galaxy S6 Edge dengan skrin lengkung di bahagian sisi. Menurut Oppo,  Oppo R7 menggunakan panel paparan yang biasa. Namun, mereka menggunakan teknologi khas untuk pancarkannya sehingga ke penjuru skirn. Kaedah ini jauh lebih murah berbanding menggunakan panel paparan hingga ke penjuru.

HP Oppo R7 HP Oppo R7

Mungkin dengan pelancaran Oppo R7 Dan R7 Plus akan menjadi alternatif kepada Samsung Galaxy Edge bagi yang inginkan peranti tanpa bezel.