Sebelum ini banyak desas desus mengenai HTC akan mengeluarkan variasi untuk HTC One M9 dengan skrin yang lebih besar. Segala spekulasi mengenai perkara tersebut terjawab dengan pelancaran HTC One M9 Plus yang berlansung di China sebentar tadi. HTC One M9 Plus merupakan peranti dengan skrin sebesar 5.2 inci dengan resolusi QHD 1440 x 2560 pixel meletakan ia di tengah-tengah antara HTC One E9+ dengan skrin sebesar 5.5 inci dan HTC One M9 dengan skrin sebesar 5.0 inci.

HTC One M9 PlusHTC One M9 Plus, Skrin 5.2 Inci, Dual Kamera Diumumkan

Untuk reka bentuknya tidak jauh beza dengan model-model HTC One yang terdahulu. Beza ketara cuma dapat dilihat dibahagian hadapat yang tertera pengimbas cap jari dan pembesar suara yang terletak di kiri dan kanannya. Dibahagian belakang pula tertera Dual kamera dengan 20.7 Megapixel dan 2.1 Megapixel serta menyokong dual LED Flash. Seperti biasa, HTC akan bawakan 4 Ultrapixel kamera di bahagian hadapan untuk selfie.

HTC One M9 Plus membawakan Kamera 20.7 MP, Pengimbas Cap Jari, Skrin 5.2 inci QHD dan Pemproses Octa-core 2.2 GHz.

Didalamnya pula, HTC One M9 Plus hadir dengan pemproses Mediatek MT6795T dengan keupayaan CPU Octa-core 2.2 GHz dan GPU PowerVR G6200. Untuk memorinya pula ia hadir dengan 3 GB RAM, 32 GB memori dalaman serta menyokong slot memori tambahan sehingga 128 GB.

Antara ciri-ciri utama yang turut hadir pada HTC One M9 Plus seperti pembesar suara HTC BoomSound yang dipadukan oleh Dolby Surround sound, Android 5.0 Lollipop yang tersedia dipasang dengan antaramuka HTC Sense khas untuk pasaran China, sambungan 4G LTE, kapasiti bateri Li-Po 2840 mAh dan sebagainya.

HTC One M9 Plus boleh juga boleh didapati dalam tiga pilihan warna hitam, emas dan perak. Tentang harganya pula HTC masih lagi belum didedahkan. Begitu juga tarikh pelancaran untuk pasaran global masih lagi menjadi tanda tanya oleh kerana HTC One M9 Plus hadir untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

Sumber : GSMArena