Honor Malaysia akan mengadakan satu majlis ulang tahun yang pertama yang bertempat di Symphony Lake Suite, KLCC pada 24 April ini. Untuk meraikan majlis tersebut, mereka telah menjemput 30 peminat bertuah bagi meriahkan majlis tersebut. Bagi yang berminat menyertai boleh mendaftar di sini.

Namun, perkara yang lebih menarik pada majlis tersebut ialah Honor Malaysia dijangka kan turut memperkenalkan peranti terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu Huawei Honor 6 Plus. Di laman rasmi jualan online Vmall sudah pon dikemaskini dengan peranti Honor 6 Plus. Namun ianya masih lagi belum disertakan dengan tanda harga.

Huawei Honor 6 PlusHuawei Honor 6 Plus Bakal Hadir Di Malaysia 28 April

Sedikit mengenai spesifikasi Huawei Honor 6 Plus, ia merupakan sebuah tablet dengan skrin sebesar 5.5 inci yang telah dilancarkan pada December tahun lalu. Menarik tentang peranti ini ialah ia hadir dengan Dual 8 Megapixel kamera serta sokongan Dual LED Flash di bahagian hadapan. Dual camera amat berguna terutamanya menghasilkan gambar dengan bokeh atau Depth of Field yang lebih menarik.

Huawei Honor 6 Plus hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci, dual kamera 8 Megapixel, Pemproses Octa-core, 3 GB RAM serta sokongan LTE dan Dual SIM

Untuk prestasinya pula, Huawei Honor 6 Plus membawakan pemproses Octa-Core dengan cipset dari HiSilicon Kirin 925 dan juga cip grafik dari Mali-T628 MP4. Peranti ini juga hadir dengan ruangan memori terbina  16 dan 32 GB serta menyokong slot tambahan sehingga 128 GB.

Peranti yang tersedia dengan platform Android 4.4.2 (KitKat) ini juga hadir dengan sambungan internet berkelajuan tinggi 4G LTE, menyokong penggunaan Dual SIM, kapasiti bateri Li-Po 3600 mAh serta hadir dengan tiga pilihan warna hitam, putih dan emas.

Tentang Harga Honor 6 Plus masih lagi belum diumumkan. Untuk maklumat lanjut tentang peranti ini di pasaran Malaysia, mugkin kita boleh tunggu pada pelancarannya pada 28 April ini.