Pelan Internet Hotlink Untuk Tablet Pelan Internet Hotlink Untuk Tablet Sah Sehingga Setahun

Baru-baru ini kerajaan ada mengumumkan bahawa mereka akan menurunkan harga bagi pelan-pelan internet di seluruh negara. Syarikat-syarikat telko menyambut baik usaha kerajaan bagi memberi ruang kepada pengguna untuk mendapatkan pelan asas internet pada harga yang lebih jimat. 

Kesinambungan dari itu, Hotlink telah tampil dengan pelan internet baru untuk kegunaan tablet dengan harga yang lebih berpatutan. Menariknya tentang pelan Hotlink Untuk Tablet ini ialah ia hadir dengan tempoh sah penggunaan sehingga 365 hari atau setahun.

Untuk pek permulaan, Anda boleh membelinya dengan harga RM30 di mana-mana pusat jualan Maxis. Anda akan menerima  1 GB data internet dengan satu tahun tempoh sah. Sekiranya data internet telah habis, anda boleh menambah nilai (Top Up) dengan RM25 untuk 1 GB data dan tempoh sah 60 hari atau RM45 untuk 2 GB data dengan tempoh sah selama 1 tahun.

Pelan Internet Hotlink Untuk Tablet Harga tambah nilai untuk Pelan Internet Hotlink Untuk Tablet

Namun, perlu diingat pelan Hotlink Untuk Tablet merupakan pelan internet 4G LTE hanya kegunaan tablet sahaja. Anda tidak boleh membuat panggilan atau menghantar mesej melalui sms ke peranti yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan internet Hotlink Untuk Tablet boleh layari laman rasmi Hotlink For Tablet.

Tags