Pelan Internet Samsung Galaxy S6Pelan Internet Samsung Galaxy S6, S6 Edge dari Digi, Celcom, Maxis

Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge kini mula dipasaran Malaysia dengan harga RM2599 untuk Samsung Galaxy S6 dan RM3099 untuk Samsung Galaxy S6 Edge yang hadir dengan skrin lengkung di bahagian sisi. Dengan pelancaran peranti ini di Malaysia, sudah tentu ramai yang ingin memilikinya. Namun, dengan harga yang mencecah RM3000 agak sukar untuk kita dapatkan dengan harga tunai. 

Syarikat-syarikat telko mula menawarkan pelan internet khusus untuk Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge dengan pakej harga peranti yang lebih murah dari harga pasaran. Jadi mari kita lihat pelan internet Samsung Galaxy S6, S6 Edge yang ditawarkan pihak telko dan perbandingannya.

Sebelum itu, baca juga ulasan mengenai Samsung Galaxy S6 dan juga spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge

Pelan Internet Samsung Galaxy S6, S6 Edge dari Celcom

Pelan Internet Samsung Galaxy S6

Celcom mula mengumumkan pelan data internet khas untuk kedua-dua peranti ini. Mereka menawarkan dua pelan internet dengan komitmen bulanan RM85 dan RM 235 untuk kedua-dua model.

  • Celcom First (S6) – Internet 2GB – RM85 Sebulan, RM1888 (Peranti)
  • Celcom First (S6) – Internet 3GB – RM235 Sebulan, RM1088 (Peranti)
  • Celcom First (S6 Edge) – Internet 2GB – RM85 Sebulan, RM2288 (Peranti)
  • Celcom First (S6 Edge) – Internet 3GB – RM235 Sebulan, RM1488 (Peranti)

Untuk melanggan Pelan data Internet Samsung Galaxy S6, S6 Edge dari Celcom boleh layari laman rasmi Celcom untuk maklumat lanjut.

Pelan Internet Samsung Galaxy S6, S6 Edge dari Maxis

Maxis menawarkan hanya satu pelan data internet untuk Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge. Harga peranti pula jatuh pada harga RM1659 untuk Samsung Galaxy S6 dan RM1999 untuk Galaxy S6 Edge. Kedua-dua plan ini hadir dengan  kotrak selama 24 bulan. Untuk pertambahan kuota internet anda akan di cas RM30/GB sebulan untuk kedua-dua pelan tersebut.

  • MaxisONE (S6) –  Internet 2GB – RM128 Sebulan,  RM1659  (Peranti)
  • MaxisONE (S6 Edge) – Internet 2GB – RM158 Sebulan, RM1999  (Peranti)

Bagi yang berminat untuk Pelan data Internet Samsung Galaxy S6, S6 Edge dari Maxis boleh layari laman rasmi Maxis untuk maklumat lanjut.

Pelan Internet Samsung Galaxy S6, S6 Edge dari Digi

Pelan Internet Samsung Galaxy S6

Digi juga tidak terkecuali untuk menawarkan pelan data Internet untuk kedua-dua peranti perdana dari Samsung ini. Berbeza dengan Maxis, Digi menawarkan tiga pilihan pelan data untuk kedua-dua peranti dengan komitmen bulanan dari RM78, RM108 dan RM148. Untuk senarai harga peranti yang ditawarkan seperti dibawah.

  • Digi SmartPlan 78 (S6) – RM1,769
  • Digi SmartPlan 108 (S6) – RM1,529
  • Digi SmartPlan 148 (S6) – RM1,329
  • Digi SmartPlan 78 (S6 Edge) – RM2,179
  • Digi SmartPlan 108 (S6 Edge) – RM1,939
  • Digi SmartPlan 148 (S6 Edge)– RM1,739

Untuk melanggan Pelan data Internet Samsung Galaxy S6, S6 Edge dari Digi boleh layari laman rasmi Digi untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi Telefon Berkaitan

Samsung Galaxy S6 Edge Samsung Galaxy S6 Samsung Galaxy Note Edge Samsung Galaxy Note 4 Samsung Galaxy S5
Samsung Galaxy S6 Edge Samsung Galaxy S6 Samsung Galaxy Note Edge Samsung Galaxy Note 4 Samsung Galaxy S5