Mungkin ramai yang telah menanti-nantikan peranti ini. Walaupon DirectD telah mula menjual di pasaran Malaysia pada harga RM1299, peminat-peminat Asus Zenfone 2 masih sabar menanti peranti ini memasuki secara rasmi di Malaysia.

Pelancaran Asus Zenfone 2 Pelancaran Asus Zenfone 2 Pada 9 Mei Ini Di Malaysia

Nampaknya, penantian sudah hampir sampai ke penghujungnya. Asus telah menjadualkan satu acara yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 May ini bagi melancarkan produk terbaru mereka termasuk Asus Zenfone 2. Acara yang dinamakan sebagai ZenDay itu dibuka untuk 1000 peminat yang berdaftar sahaja. Jika anda berminat, boleh mendaftarnya di laman rasmi Asus.

Sedikit mengenai spesifikasi Asus Zenfone 2, Ia merupakan peranti pertama yang hadir dengan 4 GB RAM dengan pemproses Quad-core 2.3 GHz dari Intel. Bukan itu saja, peranti ini menawarkan paparan skrin yang jelas dengan saiz 5.5 inci pada resolusi 1080 x 1920 pixels. Ia juga mendapat sentuhan dari antaramuka ZenUI bagi memastikan platform Android 5.0 Lollipop yang digunakan lebih menarik dan lancar dengan rekabentuk ikon yang baru, fungsi ZenMotion, SnapView dan sebagainya.

Walaupon ia berada sebaris dengan peranti-peranti perdana yang lain, ia bakal di pasaran Malaysia pada harga jauh lebih murah. Namun, untuk harga sebenarnya mungkin akan diumumkan 9 Mei ini pada acara ZenDay.