Sebelum ini Microsoft telah membangunkan pelayar web baru dengan kod nama “Spartan” bagi menggantikan pelayar web sebelum ini Internet Explorer yang dikatakan kurang mendapat sambutan dari pengguna. Walaupon lebih 2 dekad ia digunakan namun hanya merangkumi 20% penggunaan untuk keseluruhan pelayar web. Sehingga hari ini, Google Chrome telah menguasai dengan lebih 40% seterusnya menjadikan ia pelayar web yang palin popular.
Bercakap mengenai pelayar baru Microsoft, mereka baru sahaja mengumumkan pelayar baru yang dinamakan Windows Edge yang akan hadir bersama Windows 10 kelak. Ia juga merupakan aplikasi universal yang boleh digunakan untuk semua jenis peranti yang menjalankan Windows 10 termasuk PC, Laptop, Tablet mahupon telefon pintar.
Ciri-ciri Utama Microsoft Edge
Antara ciri-ciri utama yang bakal hadi pada pelayar web Microsoft Edge seperti :
- Dibina dengan reka bentuk ringkas dengan ciri-ciri minimalis
- Dibina dengan fungsi arahan suara Cortana bagi memudahkan carian
- lebih mudah dengan mod membaca, mengambil nota dan berkongsi maklumat
- Dijana dengan rendering Engine yang dinamakan sebagai EdgeHTML
Sumber : techcrunch