Spesifikasi Huawei Honor 4CReview Spesifikasi Huawei Honor 4C dan Harga di Malaysia

Honor Malaysia telah melancarkan peranti mampu milik yang hadir dengan reka bentuk dan spesifikasi yang agak baik pada harga RM529. Honor 4C mula di pasaran Malaysia bermula 29 April yang boleh didapati di laman Vmall.my. 

Peranti ini bakal menggantikan Huawei Honor 3C yang agak popular sebulum ini dikalangan pengguna Malaysia. Huawei telah mempertingkatkan hampir kesemua aspek termasuk reka bentuk, Spesifikasi Huawei Honor 4C dan prestasinya pada model baru ini.

Spesifikasi Huawei Honor 4C

Jika dilihat pada reka bentuk, agak sukar untuk kita percaya peranti ini berada pada kelas permulaan. Walaupon peranti ini hadir lebih banyak pilihan warna, namun di Malaysia hanya boleh didapati dengan warna hitam dan putih sahaja. Ia hadir dengan ketebalan 7.9 mm dengan reka bentuk moden serta penutup belakang dengan curak yang menarik memberikan bentuk yang lebih ergonomik dengan gengaman yang lebih selesa.

Spesifikasi Huawei Honor 4C

Di bahagian hadapan pula, Huawei Honor 4C dimuatkan dengan skrin 5 inci IPS LCD dengan resolusi HD 720p. Skrinnya juga menawarkan teknologi OTP Single Screen Callibration yang memberikan paparan HD yang lebih baik.

Prestasi Huawei Honor 4C, Pemproses, RAM dan Memori

Huawei Honor 4C hadir dengan cip pemprosews 64-Bit HiSilicon Kirin 620 dengan kepantasan CPU Octa-core 1.2 GHz. Menurut Huawei, cipset ini dari binaan A53 yang dikatakan 40% lebih baik dari segi prestasi berbanding cip A7. Bagi memastikan prestasinya sentiasa baik ketika menggunakan aplikasi dengan keupayaan grafik yang tinggi, peranti ini hadir dengan cip grafik Mali-450 yang telah ditingkatkan.

Seperti juga model terdahulu, Huawei Honor 4C turut hadir dengan 2 GB RAM yang sudah cukup untuk membuka aplikasi-aplikasi dengan lancar terutamanya ketika multi-tasking.

Telefon pintar ini membawakan ruangan memori yang agak kecil iaitu 8 GB, namun dengan sokongan slot tambahan sehingga 32 GB sudah cukup untuknya menyimpan beratus file lagu, gambar, aolikasi mahupon video HD.

Kamera dan Fungsi Pengambaran Pada Huawei Honor 4C

Bagi sebuah telefon pintar mampu milik, Kamera 13 Megapixel sudah cukup baik untuk telefon bimbit ini. Ia dipadukan dengan kamera generasi kedua BSI 13 MP daripada Sony yang menawarkan bukaan kanta aperture F2.0, sudut lebar 28mm, 5 lapisan kanta dan sebagainya. Kameranya juga diproses dengan Huawei SmartImage 2.5 untuk memastikan kualiti gambar yang terbaik.

Spesifikasi Huawei Honor 4C

Di bahagian hadapan pula, peranti ini membawakan 5 Megapixel kamera untuk selfie dan panggilan video. Bagi yang suka berselfie, Huawei telah bawakan pelbagai mod untuk peranti ini termasuk Selfie Preview dan Smart Beauty Mode untuk suntingan bagi mencerahkan dan melembutkan warna kulit.

Ciri-Ciri Utama dan Spesifikasi Huawei Honor 4C

  • Dilengkapi dengan rangkaian 3G (Tiada Sokongan 4G LTE)
  • Paparan Skrin 5.0 Inci dengan resolusi 720 x 1280 pixels
  • Pemproses 64-Bit HiSilicon Kirin 620 Octa-core 1.2 GHz dengan cip grafik Mali-450
  • Kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android 4.4.2 (KitKat)
  • Kapasiti Bateri Li-Ion 2550 mAh
  • Memori terbina 8 GB, 2 GB RAM dan Slot tambahan sehingga 32 GB
  • GPS, Wifi, Bluatooth dan Radio

Harga Huawei Honor 4C Di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia Huawei Honor 4C telah dilancarkan pada ulang tahun Honor yang pertama yang berlansung pada 28 April yang lalu. Ia akan dijual pada harga RM529 termasuk GST yang boleh didapati dengan warna putih dan hitam. Dengan setiap pembelian, anda menerima 1 tahun jaminan dari Honor Malaysia untuk peranti tersebut.

Bagi yang berminat, anda boleh membelinya melalui Lazada Malaysia atau di kedai maya Huawei Vmall.my.