Spesifikasi Lenovo K80Lenovo K80 Hadir Dengan 4 GB RAM, 13 MP, Skrin 5.5 Inci

Sebelum ini Asus telah melancarkan Asus Zenfone 2 yang hadir dengan 4 GB RAM. Ia merupakan peranti yang agak popular oleh kerana ia menawarkan spesifikasi dan harga yang menarik. Sekarang, Lenovo telah menambah satu lagi peranti baru di pasaran yang akan bersaing dengan Asus Zenfone 2 iaitu Lenvo K80 yang juga hadir dengan 4 GB RAM. 

Kedua-dua peranti ini memiliki spesifikasi yang hampir sama dari segi spesifikasi, kamera, paparan skrin dan tanda harga yang tidak jauh berbeza. Selain reka bentuk, sedikit perbezaan boleh dilihat dimana Lenovo K80 hadir dengan penstabilan imej OIS pada kameranya dan Asus Zenfone 2 pula memiliki kelebihan pada pemproses yang lebih baik.

Spesifikasi Lenovo K80

Lenovo K80 bukanlah sebuah peranti perdana yang menawarkan spesifikasi hebat dengan cir-ciri premium. Tapi, ia boleh dikatakan sudah cukup baik bagi sebuah smartphone untuk aras pertengahan. Ia memiliki reka bentuk yang cantik dengan tiga pilihan warna hitam, perak dan merah sudah cukup untuk membuat peminatnya terpukau.

Spesifikasi Lenovo K80

Dibahagian hadapan, ia hadir dengan skrin IPS LCD sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh
1080 x 1920 pixels. Paparannya juga membawakan ketumpatan skrin 401 PPI yang membuatkan skrin besar ini begitu jelas dilihat walaupon dibawah cahaya matahari.

Processor, RAM dan Ruang Memori

Lenovo K80 menawarkan pemproses daripada Intel dengan cip 64-Bit Intel Atom yang membawakan kelajuan CPU Quad-core 1.8 GHz yang menyamai dengan peranti Asus Zenfone 2 untuk versi 2 GB RAM. Untuk memori sistem pula, sudah tentu ia membawa dua pilihan RAM dan memori terbina dengan model 64 GB dan 4 GB RAM serta model 32 GB yang hadir bersama 2 GB RAM.

Sekiranya 32 dan 64 GB masih tidak mencukupi bagi anda, ia boleh ditambah kad microSD sehingga 32 GB.

Kamera Dengan Penstabilan Imej Optikal (OIS)

Kelebihan untuk peranti ini ialah ia memiliki penstabilan Imej Optikal (OIS) yang kebanyakannya terdapat pada peranti kelas perdana. Fungsi ini dapat mengurangkan gegaran ketika mengambil gambar atau video seterusnya menghasilkan gambar yang jelas dan lebih baik.

Spesifikasi Lenovo K80 Spesifikasi Lenovo K80

Lenovo K80 menawarkan kamera 13 Megapixe di bahagian hadapan yang hadir dengan fungsi Dual LED Flash dan autofokus. Ia juga hadir dengan mod-mod pengambaran seperti fungsi HDR untuk mengambil gambar yang lebih terperinci, panorama dan sebagainya. Peranti ini turut menawarkan kamera hadapan untuk selfie dan panggilan video.

Kapasiti Bateri yang Besar dan Sambungan LTE

Satu lagi keistimewaan peranti ini adalah ia memiliki kapasiti bateri yang agak besar iaitu menggunakan bateri jenis Li-ion 4000 mAh. Ia juga turut hadir dengan sambungan internet berkelajuan tinggi 4G LTE yang didatangkan dengan 2 slot untuk kad SIM.

Antara Ciri-ciri lain yang terdapat untuk peranti ini seperti Wifi, Bluetooth, FM Radio, GPS dan sebagainya.

Ciri-Ciri Utama dan Spesifikasi Lenovo K80

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.0 Inci  dengan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan CPU Octa-Core
  • Kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android OS, v5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Ion 3120 mAh
  • Memori terbina 16GB dan 2GB RAM
  • Sokongan Dual SIM

Harga Lenovo K80 dan Pasaran di Malaysia

Buat Masa ini, Lenovo K80 hanya berada di pasaran China dengan harga USD290 atau bersamaan RM1035 yang dikatakan sangat berpatutan jika dilihat pada spesifikasi yang ditawarkan.

Untuk pasaran diluar China dan Malaysia masih lagi belum diumumkan pihak Lenovo. Sekiranya ia memasuki pasaran Malaysia, harga Lenovo K80 mungkin akan berda sekitar RM1099 – RM1299. Lihat juga senarai harga terbaru Lenovo sekiranya peranti ini telah berada di pasaran Malaysia kelak.