Spesifikasi LG G4Review, Spesifikasi LG G4 Dan Harga di Malaysia

Seperti yang dijanjikan, LG telah melancarkan peranti perdananya LG G4 pada hari ini yang membawakan pelbagai ciri-ciri menarik serta reka bentuk yang sangat elegan dan premium. Ia merupakan satu penambahbaikan yang cemerlang buat LG pada model perdananya kali ini. ia bukan sahaja hadir dengan reka bentuknya yang menarik, peranti ini juga hadir dengan kombinasi perisian, perkakasan dan kamera yang terbaik. 

Spesifikasi LG G4

Jika dulu, LG G3 merupakan peranti yang pertama memperkenalkan paparan Quad-HD dengan kualiti skrin yang sangat mengkagumkan. Mereka juga yang pertama memperkenalkan sistem autofokus laser pada smartphone seperti mana yang terdapat pada kamera-kamera profesional. Jadi apakah pula ciri-ciri menarik yang dibawa LG G4 Kali ini?.

Reka Bentuk dan Paparan Skrin

Untuk model LG G4 kali ini, LG telah memperkenalkan dua variasi utama dengan reka bentuk penutup belakang yang berbeza. Pertama, ia hadir dengan penutup kulit asli dengan 6 pilihan warna coklat, hitam, merah, kuning, biru langit dan kuning air. Manakala untuk model penutup plastik pula ia hadir dengan 3 pilihan warna putih, kelabu dan emas. Sudah tentu kedua-dua model ini hadir dengan harga yang berbeza.

Spesifikasi LG G4 Spesifikasi LG G4

Untuk saiznya pula, ianya tidaklah begitu nipis atau terlalu tebal dimana ia memiliki ketebalan 6.3 mm dibahgian paling nipis dan 9.8mm di bahagian yang tebal. Manakala untuk beratnya pula, ia hanya memiliki berat 155g.

LG merupakan pengeluar skrin yang terbaik dunia. Ianya sudah terbukti bukan sahaja untuk telefon pintar malah juga pada industri peralatan rumah seperti television. Untuk peranti ini, LG mengkalkan paparan IPS LCD 5.5 inci dengan resolusi Quad HD (1440 x 2560 pixel ) yang terdapat pada model LG G3. Tetapi, mereka telah meningkatkan kualiti paparan yang lebih baik termasuk penggunaan tenaga yang lebih mengjimatkan, fungsi sentuhan yang telah ditingkatkan dan sebagainya. Menurut LG, Spesifikasi LG G4 membawakan skrin dengan teknologi Quantum Dot backlight yang membekalkan lebih banyak warna dan kecerahan pada skrin.

Pemproses, RAM dan Memori

Selain paparan, Spesifikasi LG G4 turut hadir dengan penambahbaikan pada prestasinya. Ia dipadukan dengan cip Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808 dengan 64-bit hexa-core CPU dan pemproses grafik Adreno 418 serta 3 GB RAM. Walaupon ia telah di tingkatkan namun masih lagi berada dibawah peranti perdana yang lain seperti HTC One M9 yang menggunakan cip Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810. Kami belum pasti perbezaan mengenai kedua-dua cip ini namun kedua-duanya merupakan seni bina yang paling terbaru dari Qualcomm.

Spesifikasi LG G4

Selain itu, peranti ini membawakan 32 GB memori yang sudah cukup untuk memuatkan beratus lagu, gambar mahu pon video. Tidak sepert kebanyakan peranti perdana yang lain, LG G4 turut menawarkan slot memori tambahan sehingga 128 GB.

Kamera, Penstabilan Imej OIS, Laser Autofokus

Kamera sentiasa menjadi keutamaan apabila sesebuah peranti perdana dilancarkan. Begitu juga dengan LG G4 yang boleh dikatakan penambahbaikan yang terbaik untuk fungsi fotografinya. Jika sebelum ini, LG G3 hadir dengan 13 Megapixel kamera. Untuk model baru ini pula ia hadir dengan dengan 16 Megapixel serba baru yang hadir dengan sensor 1/2.6”, 6 elemen kanta f/1.8, laser autofokus, penstabilan imej OIS dan Dual LED Flash.
Kamera LG G4
Dengan bukaan kanta f/1.8 pada kamera LG G4, ia dikatakan mampu menerima 80% lebih banyak cahaya berbanding model sebelumnya bagi menghasilkan kualiti gambara yang lebih baik terutamanya ketika kekurangan cahaya pada waktu malam.
Kamera LG G4
Menarik tentang fungsi fotografi pada model ini ialah memiliki sensor warna spektrum yang terletak di bawah LED Flash. Sensor ini berfungsi untuk mengesan kondisi cahaya seterusnya membuat aturan pada white balance bagi menghasilkan gambar dengan warna yang lebih realistik. Anda boleh lihat contoh gambar yang diambil menggunaka LG G4 di bawah (Gambar dibawah telah dikompres untuk kesesuaian website. Gambar sebenar dengan kualiti yang lebih baik).

Kamera LG G4 Kamera LG G4 Kamera LG G4 Kamera LG G4

Bukan itu sahaja, LG G4 menawarkan mod manual bagi kegunaan professional. Anda boleh membuat aturan sendiri termasuk shutter speed, ISO dan sebagainya seperti yang dikehendaki. Lebih menarik lagi, Ia turut menawarkan sokongan format RAW untuk suntingan yang lebih mudah di komputer.

Ciri-ciri dan Spesifikasi LG G4

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.5 Inci  dengan resolusi 1440 x 2560 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808 dengan cip grafik Adreno 418
  • Kamera 16 Megapixel dan 8 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android 5.1 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Ion 3000 mAh
  • Memori terbina 32GB, 3GB RAM dan Slot tambahan sehingga 128 GB
  • Pengecasan tanpa wayar (Qi)
  • Pengecasan pantas 60% dalam masa 30 minit
  • GPS, Wifi, NFC, Infrared, Bluatooth dan Radio

Harga LG G4 Dan Pasaran Di Malaysia

LG G4 dijangkan akan berada di pasaran pada penghujung May atau Awal June ini dimulakan dengan di Korea dan lebih 170 negara yang berkemungkinan termasuk Malaysia. Untuk harganya pula ia berkemungkinan dijual pada harga USD680 (RM2499) dan USD730 (RM2599) untuk model kulit asli.

Tags