Spesifikasi Xiaomi Mi 4iXiaomi Mi 4i Diperkenalkan, 13 Megapixel Kamera, 5.0 Inci Skrin

Pengeluar telefon bimbit dari China, Xiaomi yang terkenal dengan peranti spesifikasi tinggi pada harga mampu milik telah memperkenalkan satu lagi peranti kelas pertengahan di pasaran iaitu Xiaomi Mi 4i yang merupakan variasai kepada Xiaomi Mi4.

Spesifikasi Xiaomi Mi 4i

Versi kelas pertengahan Xiaomi Mi 4i ini membawakan reka bentuk yang berbeza dengan model Xiaomi Mi4 yang hadir dengan kerangka logam tanpa karat manakala Xiaomi Mi 4i hanya dilengkapi dengan penutup belakang yang dibina dari bahan berasaskan polycarbonate. Ia juga hadir dengan pelbagai pilihan warna termasuk biru, kuning, merah jambu, putih dan hitam.

Spesifikasi Xiaomi Mi 4iSpesifikasi Xiaomi Mi 4i

Dibahagian hadapan pula, ia hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD penuh 1080p dengan gentian kaca Sharp/JDI OGS untuk kualiti skrin yang lebih baik. Ia juga memiliki lapisan Gorilla Glass 3 bagi melindungi skrin dari calar dan retak.

Untuk peranti ini, Xiaomi membawakan reka bentuk unibody yagh nipis dan ringkas. Ia hanya memiliki ketebalan 7.8mm dan berat hanya 130g.

Processor, RAM dan Ruang Memori

Kebanyakan peranti Xiaomi lebih mempercayai pemproses keluaran Qualcomm Snapdargon. Untuk Xiaomi Mi 4i, ia hadir dengan pemproses 64-bit generasi kedua yang berasakan Qualcomm Snapdragon 615 dengan kepantasan Octa-Core (Quad-core 1.7 GHz Cortex-A53 & quad-core 1.1 GHz Cortex-A53).

Penggunaan cipset 64-Bit dilihat memberi kelebihan terutamanya untuk prestasi yang lebih baik dengan pengurusan RAM yang lebih efektif semasa menjalankan aplikasi. Hasilnya, peranti ini dapat mencegah dari lembap atau sangkut terutamanya ketika multi-tasking.

Spesifikasi Xiaomi Mi 4i

Selain itu, peranti ini membawakan 2 GB DDR3 RAM yang hadir dengan enjin grafik Andreno 405 bagi memastikan persembahan grafik untuk peranti ini sentiasa lancar dengan kualiti yang terbaik.

Untuk ruangan memori pula, Xiaomi Mi 4i membawakan ruang memori sebesar 16 GB. Namun agak mengecewakan apabila peranti ini tidak hadir dengan slot memori tambahan microSD.

Kamera dan Mod Pengambaran

Xiaomi Mi 4i hadir dengan fungsi pengambaran yang agak baik untuk model kelas pertengahan. Ia hadir dengan 13 Megapixel kamera hasil rekaan Sony dan Samsung yang hadir dengam sokongan Dual-LED Flash, bukaan kanta f/2.0 aperture dan sebagainya.

Selain itu Xiaomi Mi 4i juga hadir dengan fungsi Autofokus, HDR, Fokus Sentuh dan banyak lagi mod pengambaran untuk peranti ini. Ia juga mampu merakam video dengan resolusi HD penuh.

Bagi yang gemar berselfie pula, Xiaomi telah bawakan kamera 5 Megapixel dengan bukaan kanta F/1.8. Kamera hadapannya juga boleh nembuat rakaman video HD penuh.

Ciri-Ciri Utama dan Spesifikasi

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.0 Inci  dengan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan CPU Octa-Core
  • Kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android OS, v5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Ion 3120 mAh
  • Memori terbina 16GB dan 2GB RAM
  • Sokongan Dual SIM

Harga Xiaomi Mi 4i dan Pasaran Malaysia

Menurut Xiaomi, mereka akan mulakan jualan Xiaomi mi4i di India bermula minggu hadapan pada harga Rs 12999 bersamaan dengan RM750.

Spesifikasi Xiaomi Mi 4i

Pada masa yang sama, pihak Xiaomi turut memberitahu bahawa peranti ini akan turut hadir untuk pasaran Malaysia yang dijangka pada May ini. Soal harganya pula mereka masih belum mendedahkan untuk pasaran Malaysia. Namun kami menjangkakan harga Xiaomi Mi 4i akan berada sekitar RM800.