Google telah melakukan pelbagai cara bagi memastikan keselamatan telefon bimbit Android lebih selamat. Jika sebelum ini, Google telah perkenalkan Android Device Manager merupakan sebuah aplikasi yang memberitahu lokasi telefon bimbit yang dicari apabila telefon hilang. Namun ia perlulah memasang aplikasi tersebut untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Telefon HilangTelefon Hilang? Anda Hanya Perlu Cari Di Google

Kini Google telah menambah beberapa ciri baru pada Android Device Manager, pengguna lebih mudah untuk mencari telefon hilang atau salah letak. Anda hanya perlu buka Google dan taip “find my phone” di bahagian carian. Selepas itu, Google akan menunjukan lokasi sebenar telefon bimbit ada dan anda boleh deringkan peranti anda selama 5 minit dengan menekan butang “Ring”. Namun, untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu daftar masuk di Google dengan akaun yang sama dengan peranti Android anda.

Bagi kami, Aplikasi Android Device Manager sangat penting untuk peranti menjaga peranti Android anda. Sehingga hari ini lebih 10 juta pengguna telah menggunakannya. Ia bukan saja boleh menjejak telefon bimbit anda, malah ia juga boleh membuang segala data anda dan menyekat penggunaan apabila peranti anda di curi.