Acer Liquid Jade ZAcer Liquid Jade Z, Z520 Dan Z220 Hadir Di Malaysia

Sebelum ini, Acer telah memperkenalkan barisan peranti untuk pasaran 2015 pada MWC 2015 yang lalu. Antara tiga peranti yang diperkenalkan ketika itu termasuk Acer Liquid Jade Z, Acer Liquid Z520 dan Acer Liquid Z220.

Di Malaysia, Acer baru sahaja memperkenalkannya ketiga-tiga peranti tersebut untuk pasaran tempatan. Acer Liquid Jade Z dengan spesifikasi pertengahan dijual pada harga RM799 manakala Z520 dan Z220 dengan spesifikasi rendah dijual pada harga RM499 dan RM299.

Ketiga-tiga peranti ini sudah tentu memiliki spesifikasi yang berbeza dimana Acer Liquid Jade Z hadir dengan skrin 5.0 inci, pemproses Mediatek MT6732 Quad-Core 1.5 Ghz dan kamera 13 Megapixel. Untuk Z520 pula hadir dengan skrin 5.0 inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 400 dan kamera 8 Megapixel manakala model Z220 hadir dengan skrin 4.0 inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 200 dan kamera 5 Megapixel.

Bagi model Z220, terdapat model variasi yang menggunakan platform Windows Phone 8.1. Model tersebut dinamakan sebagan Acer Liquid M220 yang masih lagi belum di pasaran Malaysia.

Spesifikasi Acer Liquid Jade Z

Acer Liquid Jade Z

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.0 inci  dengan resolusi 720 x 1280 pixels
  • Pemproses Mediatek MT6732 Quad-Core 1.5 Ghz
  • Kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Po 2300 mAh
  • Memori terbina 16 GB, 1 GB RAM dan slot tambahan microSD sehingga 32 GB

Spesifikasi Acer Liquid Z520

Acer Liquid Z520

  • Paparan Skrin 5.0 inci  dengan resolusi 480 x 800 pixels
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 400
  • Kamera 8 Megapixel dan 2 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
  • Memori terbina 8 GB, 1 GB RAM dan slot tambahan microSD sehingga 32 GB

Spesifikasi Acer Liquid Z220

Acer Liquid Z220

  • Paparan Skrin 4.0 inci  dengan resolusi 480 x 800 pixels
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 200 Dual-core 1.2 GHz
  • Kamera 5 Megapixel dan 2 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Po 1300 mAh
  • Memori terbina 8 GB, 1 GB RAM dan slot tambahan microSD sehingga 32 GB