Harga Xiaomi Mi 4i Di Pasaran MalaysiaHarga Xiaomi Mi 4i Di Pasaran Malaysia, Berharga RM749

Sebelum ini, Xiaomi telah memperkenalkan variasi kepada Xiaomi Mi4 yang dijual pada harga yang lebih mampu milik iaitu Xiaomi Mi 4i. Peranti ini masih lagi mengekalkan spesifikasi yang agak baik namun direka khas dari kerangka plastik atau polikarbonat bagi memastikan harganya yang lebih rendah.

Untuk pasaran Malaysia, Hari ini pihak Xiaomi telah mengumumkan bahawa peranti tersebut akan mula memasuki pasaran tempatan bermula 28 May ini yang dijual pada harga RM749 melalui laman rasmi mereka Mi Malaysia. Jika dilihat pada harga dan spesifikasi yang ditawarkan Xiaomi Mi 4i, tidak dinafikan ia merupakan salah satu peranti terbaik dibawah harga RM800.

Xiaomi Mi 4i Hadir Dengan Skrin 5.0 Inci HD1080p, 13 Megapixel Kamera, Pemproses 64-Bit Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615

Xiaomi Mi 4i hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD 1080p yang membawakan ketumpatan skrin 441 PPI bagi memberikan paparan yang lebih terperinci dan jelas. Peranti kelas pertengahan ini juga dikuasai dengan cip pemproses 64-Bit Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 generasi kedua yang dimuatkan Octa-Core CPU. Selain itu Xiaomi Mi 4i terbina dengan memori dalaman 16 GB dan 2 GB RAM. Namun, agak mengecewakan apabila peranti ini tidak didatangkan dengan slot tambahan microSD.

Xiaomi Mi 4i hadir dengan fungsi pengambaran yang agak baik untuk model kelas pertengahan. Ia hadir dengan 13 Megapixel kamera hasil rekaan Sony dan Samsung yang hadir dengam sokongan Dual-LED Flash, bukaan kanta f/2.0 aperture dan sebagainya. Bagi yang gemar berselfie pula, Xiaomi telah bawakan kamera 5 Megapixel dengan bukaan kanta F/1.8. Kamera hadapannya juga boleh nembuat rakaman video HD penuh.

Ciri-Ciri Utama dan Spesifikasi Xiaomi Mi 4i

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.0 Inci  dengan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan CPU Octa-Core
  • Kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android OS, v5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Ion 3120 mAh
  • Memori terbina 16GB dan 2GB RAM
  • Sokongan Dual SIM
  • Harga RM749