Harga Xiaomi Mi4Harga Xiaomi Mi4 di Malaysia

Sebelum ini, Xiaomi Malaysia tidak memberi jaminan bahawa Xiaomi Mi4 akan hadir untuk pasaran Malaysia. Namun kini anda boleh membelinya melalui pengedar rasmi Xiaomi iaitu Mont Asia dengan harga RM1199. Namun untuk pasaran malaysia, Mont Asia hanya bawakan Xiaomi Mi4 versi 3G dengan 16 GB memori dalaman tanpa sambungan 4G LTE. 

Melalui laman Facebook Mont Asia, dilihat mereka sedang mempromosikan produk-produk Xiaomi termasuk Xiaomi Mi4 di beberapa kawasan terpilih seperti Prangin Mall (Penang), Citi Plaza (Alor Setar), Amanjaya Mall (Sungai Petani) dan banyak lagi pada 1 hingga 3 May ini. Bagi yang berminat memiliki Xiaomi Mi4 boleh kunjungi tempat-tempat tersebut.

Untuk jualan atas talian pula, kami tidak pasti bahawa peranti ini akan ditawarkan melalui laman Mi Malaysia memandangkan ia dipasarkan melalui pengedar rasmi dan bukannya dari Xiaomi sendiri. Walaupon begitu, setiap pembelian melalui pengedar rasmi juga akan menerima 1 tahun jaminan dari Xiaomi Malaysia.

Ciri-ciri Utama dan Spesifikasi Xiaomi MI4

  • Dilengkapi dengan rangkaian WCDMA 3G (Tiada sokongan LTE)
  • Paparan Skrin 5.0 Inci  dengan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8974AC Snapdragon 801 Quad-core 2.5 GHz
  • Kamera 13 Megapixel dan 8 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android 4.4.3 (KitKat)
  • Kapasiti Bateri Li-Ion 3080 mAh
  • Memori terbina 16 GB, 3GB RAM dan tiada slot tambahan microSD
  • GPS, Wifi, Infrared, Bluatooth dan Radio