Huawei NexusHuawei Bakal Keluarkan Peranti Nexus Seterusnya

Terlalu banyak khabar berita mengenai peranti Nexus keluaran akan datang. Sebelum ini desas-desus mengatakan LG bakal menggantikan Motorola bagi menghasilkan peranti tersebut. Dan ada juga ura-ura tentang pengeluar telefon bimbit dari China yang bakal bekerjasama dengan Google bagi menggantikan Google Nexus 6 yang dilancarkan tahun lepas.

Nampaknya, khabar angin mengenai pengeluar telefon bimbit dari China yang bakal menghasilkan peranti Nexus ada betulnya. Beberapa gambar menunjukan peranti Nexus keluaran Huawei juga tersebar di arena internet. Huawei bukanlah jenama baru. Ianya telah betapak sekian lama dalam industri ini. Buktinya pada tahun lepas Huawei berada posisi ke-empat selepas Samsung, Apple dan Lenovo untuk permintaan dalam pasaran yang terbanyak. Bukan sahaja pengguna telah mempercayai jenama Huawei, Google juga begitu dengan menjalinkan kerjasama dengan Huawei bagi mengeluarkan produk Nexus.
Huawei Nexus
Bedasarkan gambar yang telah tersebar, Peranti baru ini hadir dengan reka bentuk berasaskan Huawei P8. Tentang spesifikasinya pula, ia dijangka akan hadir dengan skrin QHD 2,560×1,440 pixel sebesar 5.7 inci. Untuk prestasinya pula ia dijangka akan hadir dengan pemproses Qualcomm’s Snapdragon 810. Ada juga desas-desus mengenai Huawei akan hadir dengan cipsetnya sendiri untuk peranti Nexus ini.

Sumber : GSMArena