Oppo R7 dan Oppo R7 Plus harga dan spesifikasiOppo R7 dan R7 Plus, Peranti Tanpa Bezel Diumumkan

Oppo baru sahaja melancarkan dua peranti perdana iaitu Oppo R7 dengan skrin 5.0 inci dan juga Oppo R7 Plus dengan skrin 6.0 inci yang lebih besar dan paparan tanpa bezel. Ia telah dilancarkan pada satu majlis khas yang berlansung di Beijing.

Untuk spesifikasi kedua-dua peranti ini, pada awalnya ia dijangka hadir dengan 20.7 Megapixel kamera dan pemproses 64-Bit dari Mediatek. Namun, setelah pelancarannya, R7 dan R7 plus membawakan kamera 13 Megapixel dan pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan kepantasan CPU Quad-Core 1.5 GHz & Quad-Core 1.0 GHz yang turut hadir dengan 3 GB RAM.

Oppo R7 dan Oppo R7 Plus hadir dengan 13 Megapixel, Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615, 3 GB RAM, Sokongan Dual-SIM dan LTE

Bezanya, Oppo R7 hadir dengan skrin 5.0 inci dengan resolusi HD 1080p, memori dalaman 16 GB serta kapasiti bateri sebesar 2320 mAh manakala Oppo R7 Plus pula hadir dengan skrin tanpa bezel sebesar 6.0 inci dengan resolusi HD1080p, memori dalaman 32 GB dan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4100 mAh.

Di China, kedua-dua peranti ini mula memasuki pasran dengan harga USD400 (RM1440) untuk model Oppo R7 dan USD480 (RM1740) untuk model R7 Plus. Manakala untuk pasaran global pula, kedua-dua model ini akan mula memasuki pasaran pada pertengahan Jun ini.

Spesifikasi Oppo R7

Oppo R7 dan Oppo R7 Plus harga dan spesifikasi

  • Dilengkapi dengan skrin 5.0 inci, 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 Quad-Core 1.5 GHz & Quad-Core 1.0 GHz
  • 3 GB RAM, memori dalaman 16 GB, memori tambahan microSD sehingga 128 GB
  • Dijalankan pada platform Android 4.4.2 (KitKat)
  • 13 Megapixel kamera belakang dengan LED flash, Rakaman video HD1080p
  • 8 Megapixel kamera hadapan.
  • Li-Po 2320 mAh kapasiti bateri
  • Sambungan rangkaian 4G LTE dan sokongan dual SIM
  • Wifi, Radio, GPS, Bluetooth
  • Warna emas dan perak

Spesifikasi Oppo R7 Plus

Oppo R7 dan Oppo R7 Plus harga dan spesifikasi

  • Dilengkapi dengan skrin tanpa bezel 6.0 inci, 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 Quad-Core 1.5 GHz & Quad-Core 1.0 GHz
  • 3 GB RAM, memori dalaman 32 GB, memori tambahan microSD sehingga 128 GB
  • Dijalankan pada platform Android 5.1 (Lollipop)
  • 13 Megapixel kamera belakang dengan Dual-LED flash, Rakaman video HD1080p
  • 8 Megapixel kamera hadapan.
  • Li-Po 4100 mAh kapasiti bateri
  • Sambungan rangkaian 4G LTE dan sokongan dual SIM
  • Wifi, Radio, GPS, Bluetooth
  • Warna emas dan perak