Spesifikasi Asus Zenfone 2Asus Zenfone 2 – Skrin 5.5 Inci, Kamera 13 MP, Harga Bermula RM599

Mungkin ramai yang sedang menanti-nantikan Asus Zenfone 2 hadir ke pasaran Malaysia. Ia merupaan peranti kesinambungan kepada keluarga Asus Zenfone yang agak popular di Malaysia sejak kemunculannya pada tahun lepas. Jika tahun lepas, Asus memperkenalkan barisan peranti Zenfone dengan variasi saiz paparan 4, 5 dan 6 inci di mana masing-masing hadir dengan tahap spesifikasi yang berbeza. 

Pada tahun ini, tiada lagi model 4 dan 6 inci untuk Asus Zenfone 2. Asus hanya bawakan model 5 inci dan 5.5 inci serta Asus Zenfone Zoom yang lebih mengfokuskan kepada kamera.

Variasi dan Spesifikasi Asus Zenfone 2

Jika dilihat pada bahagian hadapan peranti ini tidak jauh beza dengan model yang telah dilancarkan sebelum ini. Cuma di bahagian belakang dilihat telah di tambahbaik dengan corak brushed metal yang nampak lebih bergaya yang hadir dengan lima pilihan warna iaitu hitam, putih, merah, emas dan kelabu. Asus juga dilihat telah menipiskan saiz bazel sehingga 3 mm untuk model ini.

Spesifikasi Asus Zenfone 2

Oleh kerana peranti Zenfone sebelum ini agak popular di Malaysia, Asus dilihat membawa masuk sebanyak mungkin variasi di Malaysia. Antara lima model-model yang dibawa masuk seperti berikut :

Asus Zenfone 2 ZE500CL

  • Pemproses Intel Z2560 Dual-Core 1.6 GHz, 2GB RAM, 8 GB Memori dalaman
  • Skrin 5 inci dengan resolusi 720p
  • 8 Megapixel kamera utama dan 2 Megapixel kamera hadapan
  • Harga RM599

Asus Zenfone 2 ZE550ML

  • Pemproses Intel Z3560 Quad-Core 1.8 GHz, 2GB RAM, 16 GB Memori dalaman
  • Skrin 5.5 inci dengan resolusi 720p
  • 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Harga RM749

Asus Zenfone 2 ZE550ML

  • Pemproses Intel Z3560 Quad-Core 1.8 GHz, 2 GB RAM, 32 GB Memori dalaman
  • Skrin 5.5 inci dengan resolusi 720p
  • 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Harga RM899

Asus Zenfone 2 ZE551ML

  • Pemproses Intel Z3580 Quad-Core 2.3 GHz, 4 GB RAM, 32 GB Memori dalaman
  • Skrin 5.5 inci dengan resolusi 1,080p
  • 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Harga RM1099

Asus Zenfone 2 ZE551ML

  • Pemproses Intel Z3580 Quad-Core 2.3 GHz, 4 GB RAM, 64 GB Memori dalaman
  • Skrin 5.5 inci dengan resolusi 1,080p
  • 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Harga RM1299

Kamera Pixel Master dan Mod Pengambaran

Seperti kebanyakan peranti Asus yang lain, Asus Zenfone 2 juga hadir dengan kamera Pixel Master dengan 13 dan 8 Megapixel untuk model ZE500CL. Menurut Asus, Kamera 13 Megapixel Pixel Master membawakan bukaan aperture F/2.0 yang mampu menghaslikan gambar yang lebih baik dengan resolusi tinggi. Ia juga menggunakan teknologi Pixel-Merging yang memberikan 400% lebih kecerahan terutamanya pada waktu malam.

Kamera Asus Zenfone 2

Di bahagian hadapan pula, peranti ini membawakan 5 Megapixel untuk selfie dan panggilan video. Bagi yang gemar berselfie, Asus telah menyediakan mod panorama selfie dimana ia membenarkan anda mengambil gambar selfie dengan rakan-rakan dalam kumpulan yang lebih besar.

Ciri-ciri Utama dan Spesifikasi Asus Zenfone 2

Selain memiliki paparan skrin, kamera, pemproses, RAM dan memori dalaman yang berbeza bagi setiap variasi model seperti yang ditunjukan pada senarai variasi diatas, peranti ini memiliki ciri-ciri utama yang terdapat pada semua model antaranya seperti:

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Sokongan Dual SIM (Kecuali Model ZE500CL)
  • Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Ion 3000 mAh dan Li-Po 2500 mAh (Model ZE500CL)
  • Pelindung skrin Corning Gorilla Glass 3
  • GPS, Wifi, Bluetooth dan Radio

Tarikh Jualan dan Harga Asus Zenfone 2 di Malaysia

Menurut Asus, Kesemua model Asus Zenfone 2 boleh didapati bermula 9 May ini untuk pasaran Malaysia. Asus akan bawakan beberapa aksesori tambahan termasuk Power Bank ZenPower, Flip Case rasmi dari Asus dan juga Asus ZenWatch.

Harga Harga Asus Zenfone 2

  • Asus Zenfone 2 ZE500CL (8GB) – RM599
  • Asus Zenfone 2 ZE550ML (16GB) – RM749
  • Asus Zenfone 2 ZE550ML (32GB) – RM899
  • Asus Zenfone 2 ZE551ML (32GB) – RM1099
  • Asus Zenfone 2 ZE551ML (64GB) – RM1299

Bagi yang berminat untuk mendapatkan peranti ini boleh membelinya melalui laman Asus Store Malaysia atau Lazada Malaysia.