Samsung microSD Samsung Perkenalkan 2 microSD Baru Yang Lebih Laju

Samsung baru sahaja mengumumkan dua lagi barisan kad microSD yang boleh digunakan pada peranti mudah alih telefon pintar dan juga kamera digital iaitu barisan microSD Samsung Pro Plus dan juga Samsung Evo Plus. Kedua-duanya memiliki kepantasan dan kapasiti yang berbeza.

Pemilihan kad microSD yang pantas dan baik sangat penting terutamanya pada telefon pintar bagi memastikan aplikasi dan sistem operasi dapat berkerja dengan pantas tanpa sebarang masalah. Dengan itu, Samsung cuba memberi yang terbaik pada kad memori mereka apabila versi Pro Plus memiliki kelajuan sehingga 90MB/s dan 95MB/s. Untuk model Pro hadir dengan dua variasi 32 GB dan 64 GB.

Untuk model Evo Plus pula hadir dengan kepantasan yang sedikit rendah dengan 80MB/s dan 20MB/s. Namun ia hadir dengan tiga variasi kapasiti yang lebih besar iaitu 32, 64 dan 128GB.

Menurut Samsung, kedua-dua jenis kad microSD ini hadir dengan kalis air, suhu, X-Ray, magnet dan hentakan dimana untuk model Pro Plus dikatakan mampu berada di dalam air selama 72 jam.

Kedua-dua model kad microSD ini akan berda di pasaran pada bulan ini. Namun mereka masih belum mendedahkan mengenai harga kedua-dua kad memori ini.

Sumber : Samsung