oppo1Oppo Neo 5s – Skrin 4.5 Inci, Kamera 8 MP, Harga RM698

Oppo Malaysia baru sahaja mengumumkan peranti kelas pertengahan Oppo Neo 5S yang dijual di pasaran tempatan pada harga RM698. Ia boleh dibeli mulai minggu hadapan di pengedar rasmi Oppo.

Oppo Neo 5S merupakan kesinambungan kepada Oppo Neo 5 yang telah dilancarkan tahun lalu. Untuk model baru ini, Oppo telah bawakan beberapa penambahbaikan termasuk prestasi yang ditingkatkan dengan pemproses yang lebih baik, kamera yang telah dinaik taraf serta reka bentuk yang serba baru.

Spesifikasi Oppo Neo 5S

Dari segi reka bentuknya, ia kelihatan seperti sebuah peranti premium dengan kerangka seperti kaca bersinar bewarna biru gelap dan putih di bahagian belakang. Namun bila dilihat pada spesifikasinya ia hanyalah sebuah peranti pertengahan dengan harga yang agak tinggi. Mungkin anda boleh lihat juga beberapa peranti dibawah harga RM700 sebagai perbandingan di bawah.

Senarai peranti dibawah harga RM700:

Di bahagian hadapan, Oppo Neo 5S membawakan skrin sebesar 4.5 inci yang hadir dengan resolusi yang agak rendah 480 x 854 pixels. Skrin yang sama turut digunakan pada peranti Oppo Neo 5 yang dilancarkan tahun lalu.

Processor, RAM dan Ruang Memori

Oppo Neo 5S dijalankan menggunakan cip pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 dengan kepantasan Quad-core 1.2 GHz CPU dan membawakan enjin grafik dari Adreno 306. Untuk peranti kelas pertengahan, mungkin peranti ini boleh mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Apatah lagi dengan penggunaan 1 GB RAM yang dilihat agak kecil bagi peranti dibawah harga RM700.

oppo2

Untuk ruangan memori pula, Oppo Neo 5S hadir dengan memori dalaman 8 GB. Namun anda tidak perlu risau kerana ia menyokong slot tambahan microSD sehingga 128 GB yang sudah cukup memuatkan beribu file gambar, lagu dan juga aplikasi.

Kamera dan Mod Pengambaran

Untuk peranti kecil ini, Oppo membawakan 8 Megapixel kamera dengan sokongam LED Flash, Autofokus, Geo-tagging serta pelbagai mod pengambaran yang lain. Ia juga hadir dengan sokongam rakaman video HD penuh 1080p.

Bagi kamera hadapan pula, peranti ini dimuatkan dengan kamera 5 Megapixel yang boleh digunakan untuk paggilan video dan selfie.

Ciri-Ciri Utama dan Spesifikasi

oppo3

Oppo Neo 5S memiliki reka bentuk premium yang tidak terdapat pada kebanyakan peranti mampu milik yang lain. Namun, untuk prestasi dan paparannya bukanlah seperti yang diharapkan. Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada Oppo Neo 5S seperti di bawah.

  • Dilengkapi dengan skrin 4.5 inci, 480 x 854 pixels.
  • Pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 Quad-core 1.2 GHz
  • 1 GB RAM, memori dalaman 8 GB, memori tambahan microSD sehingga 128 GB
  • Dijalankan pada platform Android 4.4.2 (KitKat)
  • 8 Megapixel kamera belakang dengan LED flash
  • 2 Megapixel kamera hadapan.
  • Li-Po 2000 mAh kapasiti bateri
  • Sambungan rangkaian 4G LTE dan sokongan dual SIM
  • Wifi, Radio, GPS, Bluetooth

Harga Oppo Neo 5s dan Pasaran Malaysia

Oppo Neo 5S telah pon dilancarkan untuk pasaran Malaysia yang boleh didapati bermula minggu hadapan dengan harga RM698. Bagi yang gemar membeli diatas talian mungkin anda boleh mendapatkannya melalui Lazada Malaysia.