Harga Xiaomi Mi 4iXiaomi Mi 4i Akan Hadir di Pasaran Malaysia 21 May Ini

Xiaomi telah memperkenalkan variasi kepada peranti Xiaomi Mi4 iaitu Xiaomi Mi 4i pada penghujung bulan lepas. Xiaomi Mi 4i hadir dengan reka bentuk berasaskan polycarbonate dan spesifikasi pertengahan. Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi telah mengadakan satu acara khas yang berlansung pada 21 May ini untuk pelancaran Xiaomi Mi 4i.

Tentang harga Xiaomi Mi 4i masih lagi belum didedahkan, Namun untuk pasaran Hongkong dan Singapura, masing-masing telah pon dijual pada harga antara RM729 dan RM759 dan kami menjangkakan untuk pasaran Malaysia ia juga akan dipasarkan pada lingkungan harga tersebut.

Untuk spesifikasi Xiaomi Mi 4i, ia boleh dikatakan peranti kelas pertengahan dengan harga dan spesifikasi yang amat berbaloi dimiliki. Dengan slkrin 5.0 inci dengan resolusi HD penuh 1080p, pemproses 64-Bit Qualcomm Snapdragon 615, kamera 13 Megapixel dengan dual LED Flash yang terdapat pada peranti ini sudah tentu ia merupakan salah satu pilihan terbaik bagi pengguna yang sedang mencari peranti dibawah harga RM800.

Ciri-Ciri Utama dan Spesifikasi Xiaomi Mi 4i

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.0 Inci  dengan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan CPU Octa-Core
  • Kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android OS, v5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Ion 3120 mAh
  • Memori terbina 16GB dan 2GB RAM
  • Sokongan Dual SIM