Xiaomi Redmi 2 UMobileXiaomi Redmi 2 UMobile tanpa kontrak pada harga RM449

Xiaomi telah menawarkan Xiaomi Redmi 2 pada harga RM449 yang boleh didapati di laman rasmi Mi Malaysia. Setiap pembelian melalui Mi Malaysia anda menerima peranti dan juga jaminan satu tahun. Pada masa yang sama UMobile telah menawarkan peranti yang sama pada harga yang sama. Menariknya melalui UMobile adalah anda akan menerima 500Mb data internet percuma setiap bulan sehingga 6 bulan berturut-turut. 

Bukan itu saja, tiada sebarang kontrak dikenakan setiap pembelian peranti ini. Ini bermaksud pakej ini hadir dengan kad prepaid beharga RM30 perlu dibeli bersama. Menurut UMobile, bagi menuntut data internet 500Mb setiap bulan, anda hanya perlu tambah nilai RM30 setiap bulan untuk 6 bulan.

Sebagai permulaan, UMobile akan memberi Mi Powerbank percuma kepada 100 pembeli terawal. Bagi yang berminat untuk mendapatkan Xiaomi Redmi 2 daripada UMobile boleh membelinya di kedai rasmi UMobile.

Spesifikasi Xiaomi Redmi 2

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 4.7 Inci  dengan resolusi 720 x 1280 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 Quad-core 1.2 GHz
  • Kamera 8 Megapixel dan 2 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android 4.4.4 (KitKat)
  • Kapasiti Bateri Li-Po 2200 mAh
  • Memori terbina 8 GB, 1 GB RAM dan slot tambahan microSD
  • GPS, Wifi, Bluetooth dan Radio

Sumber : UMobile