Asus Zenfone Selfie Asus Zenfone Selfie Dilancarkan Kamera Hadapan 13MP, Dual Flash

Asus telah memperkenalkan satu lagi peranti untuk keluarga Zenfone iaitu Asus Zenfone Selfie di majlis Computex yang berlangsung di Taipei hari ini. Seperti namanya, Asus Zenfone Selfie lebih mengfokuskan kepada penggemar Selfie dengan 13 Megapixel kamera hadapan serta peranti kedua selepas HTC Desire Eye yang memiliki dual Flash di bahagian hadapan.

Reka bentuknya tidak jauh beza dengan model Zenfone generasi pertama yang hadir dengan pelbagai warna pilihan yang menarik. Tidak seperti kebanyakan peranti Zenfone sebelum ini yang menggunakan cipset dari Intel, model baru ini hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 615 dengan kepantasan Octa-Core. Seperti biasa, untuk model ini juga akan hadir dengan dua variasi 2 GB RAM dengan ruangan memori 16 GB serta model 4 GB RAM yang hadir dengan 32 GB RAM.

Asus Zenfone Selfie hadir dengan Kamera Hadapan Dan Belakang 13 Megapixel, Dual Flash, Pemproses Qualcomm Snapdragon 615 dan Android 5.0 Lollipop

Untuk kamera belakang pula, Asus Zenfone Selfie pula menawarkan kamera yang sama dengan 13 Megapixel yang hadir dengan laser Autofokus serta berkebolehan merakam video HD 1080p. Peranti yang dilengkapi dengan skrin sebesar 5.5 inci ini turut hadi dengan sokongan Dual SIM, rangkaian 4G LTE, kapasiti bateri Li-Po 3000 mAh, serta tersedia dipasang dengan Android 5.0 Lollipop.

Buat masa ini, harga dan tarikh pasaran masih lagi belum didedahkan. Lihat pada spesifikasinya, peranti ini merupakan sebuah peranti pertengahan atas yang berkemungkinan dijual pada harga menyamai Asus Zenfone 2.

Spesifikasi Asus Zenfone Selfie

Asus Zenfone Selfie

  • Dilengkapi dengan skrin 5.5 inci, 1080 x 1920 pixels, Corning Gorilla Glass 4
  • Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 Quad-core Cortex-A53 & Quad-core Cortex-A53
  • 2/3 GB RAM, memori dalaman 16/32 GB, memori tambahan microSD sehingga 64 GB
  • Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
  • 13 Megapixel kamera belakang dengan Dual-LED flash, Laser Autofocus
  • 13 Megapixel kamera hadapan dengan Dual-LED flash
  • Li-Po 3000 mAh kapasiti bateri
  • Sambungan rangkaian 4G LTE dan sokongan dual SIM
  • Wifi, Radio, GPS, Bluetooth