Selain Asus Zenfone Selfie yang diperkenalkan hari ini, Asus juga menambah koleksi tablet 8-inci dengan memperkenalkan Asus Zenpad S 8.0 dan Asus Zenpad 8.0 yang hadir dengan reka bentuk tekstur seperti kulit di bahagian belakang yang sangat menarik dan elegan.
Selain tekstur belakang yang berbeza, kedua-dua peranti ini juga hadir dengan spesifikasi yang berbeza. Asus Zenpad S 8.0 merupakan salah satu tablet yang hadir dengan resolusi 2K pada skrin 8-incinya. Ia dipadukan dengan pemproses 64-Bit Intel Atom Z3530 dengan CPU Quad-Core. Ia juga hadir dengan 2 / 4 GB RAM serta pilihan memori dalaman 16 GB dan 32 GB. Lebih menarik lagi model ini hadir dengan sambungan USB 3.0 Type-C dan stylus.
Untuk model Asus ZenPad 8.0 pula, spesifikasinya lebih rendah berbanding Model Zenpad S 8.0. Ia hadir dengan skrin sebesar 8.0 inci dengan resolusi WXGA 1280 x 800 pixel. Didalamnya pula tertera cip pemproses Qualcomm Snapdragon MSM8916 yang juga hadir dalam dua variasi 8 GB memori dengan 1 GB RAM serta 16 GB memori dalaman yang hadir dengan 2 GB RAM.
Untuk harga dan tarikh jualan masih lagi belum didedahkan Asus. Namun berkemungkinan besar kedua-dua peranti ini bakal hadir untuk pasaran Malaysia.
Spesifikasi Asus ZenPad S 8.0
- Dilengkapi dengan skrin 8.0 inci, 1536 x 2048 pixels
- Pemproses 64-Bit Intel Atom Z3530 Quad-Core
- 2/4 GB RAM dan memori dalaman 16/32 GB serta sokongan microSD
- Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
- 5 Megapixel kamera belakang dan 2 Megapixel di bahagian hadapan
- Li-Po 15.2Wh kapasiti bateri
- Wifi, GPS, Bluetooth
Spesifikasi Asus ZenPad 8.0
- Dilengkapi dengan skrin 8.0 inci, 1280×800 pixels
- Pemproses 64-Bit Qualcomm MSM8916 Quad-Core
- 1/2GB RAM dan memori dalaman 8/16 GB serta sokongan microSD
- Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
- 5 Megapixel kamera belakang dan 2 Megapixel di bahagian hadapan
- Li-Po 15.2Wh kapasiti bateri
- Sambungan rangkaian 4G LTE
- Wifi, GPS, Bluetooth