BlackBerry Venice BlackBerry Venice Hadir November ini Dengan Platform Android?

Terdapat pelbagai desas-desus di media mengenai Blackberry Venice yang mula muncul pada MWC2015 yang lalu. Ada yang mengatakan ia hadir dengan platform BB10 dan ada juga mengatakan peranti ini hadir dengan platform Android. Namun, ada juga yang berpendapatĀ peranti ini bakal hadir dengan dua model yang dilengkapi dengan platform BB10 dan juga Android.

Bagi spesifikasinya pula, Blackberry Venice bakal hadir dengan skrin lengkung sebesar 5.4 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixel. Didalamnya pula tertera dengan pemproses 64-Bit Snapdragon 808 dengan Hexa-Core 1.8 Ghz CPU yang turut hadir bersama cip grafik Adreno 418 dan 3 GB RAM.

BlackBerry Venice

Untuk fungsi pengambaran pula, Peranti ini dikatakan disertakan dengan kamera 18 Megapixel dibahagian belakang manakala kamera hadapan pula hadir dengan 5 Megapixel untuk panggilan video dan selfie.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada November ini. Ia merupakan satu-satunya peranti yang hadir dengan papan kekunci QWERTY gelungsur yang telah lama tidak digunakan sejak sekian lama. Mungkin BlackBerry ingin mengekalkan identitinya sebagai peranti dengan papan kekunci fizikal. Namun adakah ia masih releven digunakan pada masa sekarang?