Kadang kala permainan Puzzle juga dapat membuat kita ketagih untuk terus bermain sehingga level yang terakhir. Lihat saja pada permainan Angry Bird dan Candy Crush Saga yang merupakan antara permainan popular untuk peranti mudah alih. Satu lagi permainan Puzzle hadir di Google Play dan iOS iaitu Epic Eric yang membawakan unsur puzzle aksi dengan watak hero bernama Eric yang berpakaian baju perisai melengkapkan semua level bagi menyelamatkan puteri Erica.
Epic Eric merupakan permainan yang mudah dimainkan, anda perlu mengawalnya dengan sentuhan pada skrin yang membolehkan ia melompat, berpusing sehingga ke penamat pada setiap level yang berbeza. Permainan ini mengingatkan kita kepada permainan Super Mario pada satu ketika dulu. Namun Epic Eric hadir dengan cara permainan dan aksi yang berbeza bagi menyelamatkan puterinya.
Keseluruhannya, permainan ini membawakan 4 dunia yang berbeza dan setiap satunya hadir dengan 60 level pada tahap yang berbeza. Buat masa ini, Permainan Super Eric boleh didapati untuk pengguna Android dan iOS namun tiada versi percuma untuk Permainan ini. Anda boleh muat turunnya pada haraga RM3.68 untuk Android dan iOS.